Mohd Safar Hashim

Background

Mohd Safar Hashim adalah ahli akademik dan penulis beberapa buah buku di Malaysia. Prof Dr. Safar Hashim dilahirkan pada tahun 1948 di Butterworth, Pulau Pinang. 

Pendidikan

Beliau memulakan persekolahan di St Mark’s Primary School, Butterworth di peringkat rendah dan St Mark’s Secondary School, Butterworth pada peringkat menengah. Seterusnya beliau telah menyambung pengajian di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan selama 2 tahun. Pada tahun 1973, beliau telah memilih Universiti Sains Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda, Komunikasi dek kerana minatnya yang terlalu dalam industri tersebut. Setelah 5 tahun berhempas pulas disana, beliau sekali lagi menyambung pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Minnesota pada tahun 1973 selama 3 tahun. Di peringkat kedoktoran, beliau memilih Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang komunikasi. 

Kerjaya 

Beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan di Bernama pada tahun 1969. Disana, beliau menjawat jawatan sebagai wartawan kadet. Posting terakhir adalah sebagai koresponden asing di Manila dari tahun 1980 hingga 1982. Pada tahun 2004, beliau menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain menjadi tenaga pengajar, antara jawatan yang dijawat adalah Pengarah Pusat Komunikasi Korporat Ketua Program Politik, Pendidikan dan Hal Ehwal Antarabangsa di Institut Pengajian Asia Barat, UKM dan Felo Utama di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, UKM.

Karya

Selain bergelar warga pendidik, beliau juga melibatkan diri dalam bidang penulisan iaitu sebagai penulis dan penyunting. Antara penulisan beliau adalah Mahathir dan Akhbar, Mengenali Undang-Undang Media dan Siber, Akhbar dan Kuasa: Perkembangan Sistem Akhbar di Malaysia dan lain- lain lagi. Selain menulis buku, beliau juga menulis beberapa buah artikel bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. 

Donations 

Sehingga kini, Prof. Dr. Safar Hasim telah menerbitkan beberapa buah artikel dan panduan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia. Antaranya adalah:

  • Penulisan tesis gaya UKM
  • Nilai dan etnik Islam dalam komunikasi
  • Pembentukan majlis media: Pengalaman Malaysia

Pada tahun 2004, Prof. Dr. Safar Hasim telah menyumbangkan koleksi bacaanya pada Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara bidang yang disumbangkan adalah bidang media dan komunikasi bagi tujuan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kini beliau sudahpun bersara dalam perkhidmatannya di UKM, namun jasanya amat besar di universiti ini. 

Similar Posts

  • Harun Aminurrashid

      LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN  Nama sebenar beliau ialah Harun bin Mohd Amin. Beliau dilahirkan pada 8 hari bulan Ogos 1907 di Kampung Telok Kurau, Singapura. Beliau juga menggunakan nama pena yang lain seperti Har, Gustam Negara, Atma Jiwa dan Si Ketuit. Sejak kecil lagi Harun amat gemar membaca dan ini akhirnya mendorong beliau untuk mengarang. Novel…

  • Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali

    Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali     LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN: Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali dilahirkan pada 11 Julai 1946 di Jasin, Melaka. beliau mendapat pendidikan menengahnya di Melaka High School. Selepas tamat alam persekolahan beliau melanjutkan pelajaran Queen’s University di Belfast, Ireland Utara. Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar lulus…

  • Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

    LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN : Sasterawan Negara Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merupakan anak jati Negeri Perak yang dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan di High School Bukit Mertajam, Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England pada tahun 1963. Kemudian, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura pada…

  • Haji Said Ibrahim

    Haji Said Ibrahim     Haji Said Ibrahim Latar belakang Allahyarham Haji Said Bin Haji Ibrahim merupakan seorang ulama Nusantara yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan ilmu fiqh khususnya di negara ini. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 buah buku, kertas kerja dan artikel yang sebahagian besarnya merupakan hasil karya fiqh. Ketokohan dan…

  • Ahmad Nikmat Harun

    Ahmad Nikmat Harun     Latar belakangAllahyarham Ahmad Hikmat Bin Haji Harun merupakan anak kepada sasterawan negara, Allahyarham Harun Aminurashid. Beliau dilahirkan pada tahun 1950. Pada 3 Jun 1988, Allahyarham meninggal dunia di usia yang sangat muda iaitu pada umur 38 tahun kerana menghidap penyakit paru-paru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Boston Amerika…

  • Abu Zaki Fadzil

    BACKGROUND The late Abu Zaki Fadzil or his real name was Abu Bakar Bin Haji Mohammad Fazil was born on 11 November 1926 in Jejawi, Perlis. In addition to the pen name Abu Zaki Fadzil, he also used the names Badruzzaman, Dali, Ibnu Ariffin, Pak Abu and Ramuna. He was a writer and a preacher. The late Abu Zaki Fadzil died at the age of 54…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *