Ahmad Nikmat Harun

Ahmad Nikmat Harun

 

 An old photo of a personDescription automatically generated

Latar belakang

Allahyarham Ahmad Hikmat Bin Haji Harun merupakan anak kepada sasterawan negara, Allahyarham Harun Aminurashid. Beliau dilahirkan pada tahun 1950. Pada 3 Jun 1988, Allahyarham meninggal dunia di usia yang sangat muda iaitu pada umur 38 tahun kerana menghidap penyakit paru-paru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Boston Amerika Syarikat.

Pendidikan

Seperti ayahnya, Allahyarham juga mempunyai minat yang sama iaitu dalam bidang kesusasteraan. Beliau merupakan lulusan dari Universiti Nanyang, Singapura dalam jurusan Sastera. Allahyarham menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang Hubungan Antarabangsa di Universiti Boston, Amerika Syarikat dan menjawat jawatan sebagai salah seorang anggota Majlis Perwakilan Pelajar Luar Negeri.

Kerjaya

Kerjaya awal Allahyarham adalah sebagai wartawan Berita Harian/Berita Minggu. Banyak penulisan Allahyarham menyentuh mengenai isu yang melanda bangsa Melayu dan mengkritik mengenai penulis- penulis di rubkrik akhbar Berita Minggu. Antara penulisan beliau adalah “Kegemaran yang tandus akibat ada penulis semi-veteran” dalam Berita Harian. 

Pencapaian Hidup

Kejayaan yang pernah dicapai oleh Allahyarham adalah apabila muncul sebagai juara dalam peraduan koleksi buku yang dinamakan Peraduan Koleksi Buku Lawrence G. Blackmon dimana program tersebut mendapat tajaan sepenuhnya dari perpustakaan Universiti Boston dan telah memenangi wang tunai sebanyak AS$400 (RM1645.80). Ahmad Hikmat Harun layak memenangi tempat pertama dek kerana Allahyarham menyimpan buku koleksi yang ditulis oleh penulis Barat sekitar abad ke 19 dan 20 mengenai rumpun Melayu. 

Sumbangan Bahan
 
Pada 20 Disember 1989 iaitu setahun selepas kematian Allahyarham, keluarganya berhasrat untuk menyumbangkan sebahagian dari koleksi pembacaan Allahyarham sepanjang kehidupannya kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebanyak 240 judul naskah disumbangkan dan kini diletakkan di Unit Arkib dan Koleksi Khas, aras 6 bagi tujuan rujukan dan penyelidikan oleh para pelajar universiti, pensyarah dan masyarakat am secara khususnya. Keseluruhan naskah adalah dalam bentuk buku dan jurnal berkaitan dengan bidang teknologi, silang budaya, sosiobudaya, sejarah dan lain-lain. 

Similar Posts

  • Abdul Ghafar Ibrahim

    Peneroka dan Pengasas Puisi Eksperimen Malaysia Abdul Ghafar Ibrahim merupakan tokoh seniman yang sangat dikenali masyarakat Malaysia dan merupakan salah satu pencipta dan penyair terbaik. A.Ghafar dilahirkan di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor pada 31 Ogoas 1943. Abdul Ghafar Ibrahim merupakan anak kepada seorang pengembara iaitu Ibrahim bin Khatib Husin yang sering berulang-alik antara…

  • Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali

    Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali     LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN: Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali dilahirkan pada 11 Julai 1946 di Jasin, Melaka. beliau mendapat pendidikan menengahnya di Melaka High School. Selepas tamat alam persekolahan beliau melanjutkan pelajaran Queen’s University di Belfast, Ireland Utara. Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar lulus…

  • Datin Paduka Prof. Dr. Jawiah Binti Dakir

    Yang Berbahagia Datin Paduka Prof. Dr. Jawiah Binti Dakir atau dikenali sebagai Dr Jawiah Dakir merupakan anak jati Selangor., beliau pernah belajar di Maahad Li al-Banat, Kg Jawa, Kelang. Selepas tamat sekolah menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang. Dr JAwiah Dakir melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat diploma dalam bidang Sarjana…

  • Datuk Zainal Abidin Wahid

    LATAR BELAKANG Allahyarham Datuk Zainal Abidin merupakan tokoh sejarawan negara yang banyak memberi sumbangan dalam bidang Sejarah. Beliau dilahirkan pada 14 Mei 1933 dan merupakan seorang pejuang Bahasa Melayu, Ahli Jawatankuasa Pengasas UKM dan tokoh sejarah tanah air. Anak jati Teluk Intan Perak ini bersama-sama beberapa orang rakan seperjuangannya iaitu Prof. Tengku Shamsul Baharin, Prof….

  • Harun Aminurrashid

      LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN  Nama sebenar beliau ialah Harun bin Mohd Amin. Beliau dilahirkan pada 8 hari bulan Ogos 1907 di Kampung Telok Kurau, Singapura. Beliau juga menggunakan nama pena yang lain seperti Har, Gustam Negara, Atma Jiwa dan Si Ketuit. Sejak kecil lagi Harun amat gemar membaca dan ini akhirnya mendorong beliau untuk mengarang. Novel…

  • Haji Nik Mohd Mohyiddeen Wan Musa

      Ahli organisasi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan bekas Yang Dipertua yang pertama. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Latar belakang Nama Allahyarham sebenar adalah Nik Mohd Mohyiddeen bin Wan Musa bin Abdul Samad bin Muhammad Salleh Tabal al-Fathani al-Kelantani. Allahyarham dilahirkan pada 23 Oktober 1923. Allahayrham berketurunan ulama di Kelantan. Atas faktor ini, didikan agama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *