KOLEKSI

LexHub@PUU merupakan platform dalam talian yang memaparkan buku-buku baharu
yang diperoleh oleh Perpustakaan Undang-undang (PUU).
Koleksi Am ialah buku undang-undang yang boleh dipinjam oleh pelanggan dan diletakkan di rak terbuka Aras 1. Nombor panggilan untuk koleksi ini diberi awalan ‘2C’. Terdapat juga buku bukan undang-undang yang ditempatkan di Perpustakaan Undang-Undang.  Buku-buku ini juga ditempatkan di rak terbuka Aras 1 dan diberi awalan ’21’.
Koleksi ini ditempatkan di Aras 1 berhadapan dengan Kaunter Pinjaman/Pemulangan.  Koleksi ini terdiri dari indeks, bibliografi, kamus, buku tahunan, contoh borang mahkamah dan lain-lain.
Bahan-bahan yang dikelaskan sebagai statut adalah akta, akta pindaan, ordinan, perundangan/peraturan, enakmen, warta kerajaan dan perbahasan parlimen.  Bahan-bahan ini ditempatkan di Aras 2 dan diberi awalan ‘2A’. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.
Koleksi ini merupakan koleksi tertutup dan ditempatkan di Aras 2. Bahan-bahan ini dahulunya merupakan koleksi Prof. M.B. Hooker, seorang pengkaji undang-undang adat. Setiap bahan diberi awalan ‘23’ pada nombor panggilannya. Bahan ini adalah untuk rujukan dalaman sahaja dan pelanggan tidak boleh membawa keluar bahan tersebut.
Laporan Undang-Undang terdiri daripada koleksi kes-kes mahkamah yang dilaporkan atau tidak dilaporkan dan ‘digest’. Di antara Laporan Undang-Undang yang terdapat di perpustakaan seperti Malayan Law Journal (MLJ), English Reports, The All India Reporter dan sebagainya. Bahan-bahan ini ditempatkan di Aras 2 dan di beri awalan ‘2B’. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.
Jurnal undang-undang kini dan kebelakangan disusun di rak mengikut abjad judul. Senarai judul jurnal ditampal di bahagian depan panel rak untuk membantu pelanggan mengesan judul dengan cepat. Koleksi jurnal undang-undang ini ditempatkan di Aras 2 dan hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.
Koleksi ini dibangunkan mulai 2013 dan terdiri daripada buku bidang undang-undang terbitan di negara ASEAN yang ditempatkan di Ruang Santai Perpustakaan. Bahan ini diberi awalan ‘22’ dan boleh dipinjam.
Bahan-bahan ini adalah untuk rujukan sahaja dan ditempatkan di Aras 1 Perpustakaan Undang-Undang. Pelanggan perlu merujuk senarai tajuk yang disediakan di Kaunter Pinjaman/Pemulangan atau di atas talian. Sekiranya tajuk yang dikehendaki terdapat dalam senarai tersebut, pelanggan perlu memaklumkan kepada staf untuk mendapatkan kebenaran merujuk.
Bahan-bahan seminar berkaitan undang-undang yang diterbitkan dan yang tidak diterbitkan ini diberi awalan ‘2 sem’ dan diikuti dengan ‘C’. Bahan-bahan ini di tempatkan di Koleksi Rujukan, Aras 1. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.
Koleksi ini terdiri daripada jurnal, laporan Undang-undang, statut dan buku sumbangan Puan Catherine Addruse, isteri kepada Allahyarham YM Raja Aziz Addruse. Allahyarham merupakan seorang peguam yang terkenal dengan prinsip kemanusiaan dan telah dipilih sebagai Yang Dipertua Majlis Peguam sebanyak 3 kali. Koleksi ini ditempatkan di bilik khas di Aras 2 dan hanya boleh dirujuk di bilik tersebut sahaja.
Koleksi ini ditempatkan di Bilik Fakulti Perpustakaan dan merupakan koleksi sumbangan YM Tengku Ahmad Rithauddeen bin Tengku Ismail, mantan Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.