Sejarah penubuhan Perpustakaan Undang-undang bermula dengan penubuhan cawangan dan koleksinya pada bulan Mac 1985 di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Kini koleksinya telah memperolehi bangunannya sendiri dan mula beroperasi sebagai Perpustakaan Cabang pada bulan Jun 1996. Penubuhan Perpustakaan Undang-undang adalah untuk menampung keperluan pelajar dan pensyarah Fakulti Undang-undang di samping memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang memerlukan bahan undang-undang.
Cari buku, jurnal, artikel, repositori dan sumber akademik UKM dalam satu platform.

