Tonton World Cup 2026 @ Perpustakaan Undang-undang





Pada 22 Jun 2026, Perpustakaan Undang-Undang telah mengadakan aktiviti menarik sempena sambutan FIFA World Cup 2026 yang mendapat sambutan meriah daripada para pelajar undang-undang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan meramal pasukan pemenang bagi perlawanan New Zealand menentang Egypt, pameran edutaimen World Cup, pameran buku berkaitan undang-undang sukan, tayangan perlawanan secara langsung serta kuiz berkaitan World Cup yang menawarkan hadiah menarik kepada para peserta.
Program ini bukan sahaja berjaya memeriahkan suasana kejohanan bola sepak terbesar dunia, malah turut menjadi platform untuk memupuk semangat kesukanan, mengeratkan hubungan antara pelajar serta menjadikan perpustakaan sebagai ruang pembelajaran yang lebih santai, interaktif dan menyeronokkan.