Sekretariat Pengajian Prasiswazah

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Madhavan A/L Nagaratanan, pelajar Tahun 4 Ijazah Doktor Perubatan, Fakulti Perubatan, atas kejayaan terpilih sebagai Penerima Calon Anugerah Pelajar Terbaik Prasiswazah Tahun 2024 sempena COAMM Scientific Congress and CCST Graduation Ceremony.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen, kecemerlangan akademik dan sahsiah yang tinggi sebagai pelajar perubatan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar prasiswazah untuk terus berusaha gigih mencapai kecemerlangan.