Master of Science in Engineering Education

Duration

1 year 6 months

study mode

Coursework

fees

RM23,000 (Local)

campus

UKM Bangi

Introduction

Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk melahirkan graduan siswazah yang mempunyai pengetahuan yang luas, berkemahiran tinggi dan berkaliber dalam bidang pendidikan kejuruteraan dengan kemahiran penyelidikan seiring dengan perkembangan teknologi dan permintaan yang sentiasa berubah serta mempunyai nilai kemanusiaan.


Selain itu, matlamat program Sarjana Sains Pendidikan Kejuruteraan adalah untuk menyediakan graduan dengan kebolehan untuk menjalankan penyelidikan termaju dalam bidang pendidikan kejuruteraan dan menyelesaikan masalah kompleks.


Pada masa yang sama turut menghasilkan penemuan yang dapat menjurus kepada pengetahuan baru. Program yang dicadangkan ini juga jelas menyokong Revolusi Perindustrian 4.0 kerana mengadaptasi kemahiran abad ke 21 apabila kelas dijalankan menggunakan platform teknologi terkini

No.Program Advantages
1.Membantu menyediakan asas pengetahuan pendidikan kepada graduan kejuruteraan yang ingin ceburi bidang latihan di peringkat industri.
2.Membantu jurulatih induatri kejuruteraan di Malaysia dalam tambah baik cara penyampaian di industri dan mereka bentuk kurikulum interaktif bagi latihan yang mereka sediakan.
3.Meningkatkan kompetensi guru RBT, rekacipta, kelestarian dan STEM
4.Mengelakkan pencairan kompetensi berlaku terhadap pensyarah dan guru bidang kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan.
No.Course Learning Outcome
1.HPK1: Berkebolehan untuk membincangkan dan membandingkan-beza antara konsep, proses, falsafah serta rekabentuk penyelidikan saintifik ;
2.HPK2: Berkebolehan untuk menganalisis dan mengsintesis literatur berkaitan dengan pernyataan masalah dan topik penyelidikan dengan beretika;
3.HPK3: Berkebolehan untuk membina pernyataan masalah penyelidikan kuantitatif, kualitatif, kaedah campuran dan kaedah rekabentuk dan pembangunan berdasarkan literatur.
4.HPK4: Berkebolehan untuk menjustifikasikan rekabentuk kajian yang dipilih dan membincangkan instrumentasi serta teknik persampelan yang akan digunakan.
5.HPP5: Mempunyai kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan kemahiran berkumpulan di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ahli pengurusan kebersihan dan keselamatan makanan.
6.HPP6: Mempunyai kemahiran saintifik untuk menyelesaikan masalah pengurusan kebersihan dan keselamatan makanan.
7.HPP7: Mampu untuk mengurus maklumat dan menjalankan pembelajaran sepanjang hayat di dalam bidang pengurusan kebersihan dan keselamatan makanan.
8.HPP8: Mempunyai kemahiran pengurusan dan keusahawanan bagi menjalankan aktiviti berkenaan pengurusan kebersihan dan keselamatan makanan.
Students Requirement
Kelayakan Akademik Seseorang yang ingin memohon mengikuti program Sarjana Sains hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut: a)Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (PNGK 2.75 ke atas) dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau yang setara dari mana-mana universiti yang diiktiraf; ATAU
    1. PNGK 2.50 – 2.74 tertakluk kepada penilaian dalaman yang rapi; ATAU
    2. (c) PNGK 2.00 – 2.49 dengan sekurang kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan setelah memperoleh ijazah dan tertakluk kepada penilaian dalaman yang rapi.
Keperluan Bahasa Inggeris i) Pelajar antarabangsa hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat keputusan skor minimum 5.5 untuk IELTS atau setara dengan mana-mana peperiksaan yang telah dijajarkan kepada The Common Europeon Framework of Reference (CEFR) seperti yang diluluskan oleh Senat. ii)Pelajar antarabangsa yang tidak memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris boleh diberikan Tawaran Bersyarat seperti berikut:

a)Pelajar dibenarkan mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris dalaman di UKM dengan had tempoh masa selama dua (2) tahun maksimum dan tertakluk kepada peraturan Jabatan lmigresen Malaysia yang sedang berkuat kuasa;

b)Pelajar antarabangsa yang mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris dalaman perlu menduduki peperiksaan IELTS atau TOEFL atau MUET atau mana-mana peperiksaan yang telah dijajarkan kepada CEFR bagi memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris.

c)Senarai peperiksaan yang telah dijajarkan kepada CEFR adalah tertakluk kepada senarai yang mendapat kelulusan Senat dari semasa ke semasa.

d)Fakulti/Institut boleh memberi pengecualian kepada syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (a) kepada: i. Pelajar antarabangsa yang berasal daripada negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi; atau ii. Pelajar antarabangsa yang menggunakan kelayakan akademik dari institusi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar 14 sepenuhnya dan bercadang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di UKM.

Keperluan Bahasa Melayu Calon luar negara diwajibkan mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu yang ditetapkan Universiti, iaitu salah satu dari berikut: Kod Kursus Nama Kursus LMCM1083 Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa LMCM1093 Bahasa Melayu untuk Pelajar Nusantara Pengecualian boleh diberi kepada pelajar-pelajar yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu setara anjuran badan lain yang diiktiraf oleh UKM.

Kategori OKU yang diterima masuk ke program:
Kod Keterangan Kelayakan Masuk (√ – Ya)
B Ketidakupayaan Penglihatan (Buta) Tidak
E Ketidakupayaan Penglihatan (Buta sebelah mata) √
W Ketidakupayaan Penglihatan (Buta warna) √
R Ketidakupayaan Penglihatan (rabun menggunakan kanta khas) √
D Ketidakupayaan pendengaran (pekak guna alat) √
P Ketidakupayaan pendengaran (pekak) Tidak
G Ketidakupayaan pertuturan (gagap) √
N Ketidakupayaan pertuturan (sangau) √
S Ketidakupayaan pertuturan (bisu) Tidak
C Ketidakupayaan fizikal (lain-lain) Tidak
J Ketidakupayaan fizikal (kerdil) √
K Ketidakupayaan fizikal (kaki) √
L Ketidakupayaan fizikal (lumpuh) Tidak
T Ketidakupayaan fizikal (tangan) Tidak
M Masalah Pembelajaran Tidak
👱Dr Anies Faziehan Zakaria
🖃
Program Coordinator,
Faculty of Engineering and Built Environment
📧aniesfaziehan@ukm.edu.my
📱017-9292856
👱Syahir Hazmi Samsudin
Project Manager, Executive & PBJJ Program, UKMShape
🖃
syahirhazmi@ukm.edu.my
📱