Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

 Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

Program Akademik

i.            Sarjana Sains (Pendidikan Kejuruteraan)

ii.           Doktor Falsafah (Pendidikan Kejuruteraan)  

Maklumat Pengajian

Program Sarjana Sains (Pendidikan Kejuruteraan) dan Doktor falsafah (Pendidikan Kejuruteraan) ditawarkan secara penyelidikan dan penyediaan tesis. Sepanjang tempoh pengajian, setiap calon akan diselia sama ada oleh Penyelia (atau Penyelia Bersama) atau Jawatankuasa Siswazah. Bagi membolehkan setiap calon dianugerahkan Sarjana Sains (Pendidikan Kejuruteraan) dan Doktor falsafah (Pendidikan Kejuruteraan), setiap calon perlu mengikuti dan lulus satu kursus wajib fakulti bernilai empat (4) unit iaitu KKKF6004 Kaedah Penyelidikan dan 4 kursus bertaraf audit yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan, UKM (Jadual 1). Calon luar negara perlu memiliki kelulusan minimum dengan skor 550 dalam TOEFL atau 6 dalam IELTS dan diwajibkan mengikuti dua kursus Bahasa Melayu (setiap kursus bernilai dua  (2) unit).

Jadual 1. Kursus Audit Pilihan

Komponen Kurikulum
Kod Kursus Kursus
GGGA6213 Teori dan Amalan Kurikulum
GGGB6213 Psikologi Pengajaran dan Pembelajaran Lanjutan
GGGB6413 Psikologi Kemahiran Berfikir
GGGB6453 Amalan dalam Pengukuran dan Penilaian
GGGB6743 Penilaian Program
GGGE6283 Penyelidikan dalam Pengajaran

 

Koordinator Program Siswazah (Pendidikan Kejuruteraan) :

Dr. Mohd Haniff Osman
Email : haniff68@ukm.edu.my
Office : +603-8911 8371