Lawatan SERI-UKM’s Tropical Renewable Energy Summer School (TreES) 2026 telah diadakan pada 30 Julai 2026 bertempat di Taman Botani Bangi (TBB), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar luar negara dari Dubai berkaitan kepelbagaian biodiversiti, pemuliharaan tumbuhan serta peranan TBB dalam menyokong pendidikan dan kelestarian alam sekitar. Melalui aktiviti lawatan, peserta berpeluang mengenali koleksi tumbuhan serta memahami kepentingan kelestarian dan pemeliharaan alam semula jadi. Program ini turut memperkukuh jaringan kerjasama akademik serta perkongsian ilmu dalam kalangan peserta antarabangsa dan komuniti universiti.

Lawatan Kelab Kebajikan & Kakitangan Fakulti Pendidikan telah diadakan pada 29 Julai 2026 bertempat di Taman Botani Bangi (TBB), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan penyertaan seramai 25 orang peserta. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai koleksi tumbuhan, kemudahan serta peranan TBB sebagai pusat pendidikan, penyelidikan dan pemuliharaan biodiversiti. Sepanjang lawatan, peserta berpeluang meneroka kawasan taman serta mendapatkan informasi berkaitan kepelbagaian flora dan kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Lawatan ini juga dapat meningkatkan kesedaran warga universiti terhadap kepentingan kelestarian alam.
Lawatan pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya telah diadakan pada 10 Jun 2026 bertempat di Taman Botani Bangi (TBB), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kepelbagaian flora, kepentingan pemuliharaan biodiversiti serta peranan TBB sebagai pusat pendidikan, penyelidikan dan kelestarian alam sekitar. Melalui aktiviti lawatan dan penerangan yang diberikan, pelajar berpeluang menambah pengetahuan berkaitan tumbuhan, ekosistem serta kepentingan menjaga alam semula jadi. Program ini diharapkan dapat memupuk minat pelajar terhadap bidang sains, alam sekitar dan pemeliharaan biodiversiti.
Bengkel Penulisan Santai Siri 4 berkaitan tumbuhan herba telah diadakan pada 8 Jun 2026 bertempat di Makmal Latihan Perpustakaan Lingkungan Kedua, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bengkel ini dikendalikan oleh Prof. Dr. Noraini Talip, Ketua Taman Botani Bangi, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM sebagai usaha memperkasa kemahiran penulisan berkaitan ilmu tumbuhan herba dalam bentuk yang lebih santai dan mudah difahami. Peserta didedahkan kepada teknik penulisan maklumat saintifik, penyusunan kandungan serta kaedah menghasilkan penulisan yang menarik berkaitan kepelbagaian, khasiat dan kepentingan tumbuhan herba. Program ini turut menyokong usaha mendokumentasikan pengetahuan berkaitan tumbuhan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap nilai dan potensi sumber biodiversiti tempatan.
Pembentangan Pelajar Industri Sesi 2026 telah diadakan pada 22 Mei 2026 (Jumaat) melibatkan pelajar industri dari Politeknik Nilai dalam bidang Landskap bertempat di Taman Botani Bangi (TBB), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini bertujuan memberi ruang kepada pelajar industri untuk membentangkan hasil latihan, pengalaman serta tugasan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh penempatan industri. Melalui sesi pembentangan ini, pelajar dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran berkaitan bidang landskap, manakala pihak TBB berpeluang memberikan pandangan, bimbingan serta maklum balas bagi meningkatkan kompetensi pelajar.
Pada 21 Mei 2026 Taman Botani Bangi UKM telah menerima lawatan dari SMK Tunku Besar Tampin melibatkan seramai 77 orang murid Tingkatan 4 dan 5 daripada pelbagai aliran serta 10 orang guru pengiring. Lawatan ini melibatkan kunjungan ke Taman Paku Pakis, Taman Herba, Rumah Kaca serta makmal di Kompleks Rumah Tumbuhan. Lawatan ini dijalankan bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bidang sains, alam sekitar serta peluang melanjutkan pengajian selepas tamat persekolahan. Melalui lawatan ini, pelajar dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan minat terhadap bidang sains serta pemeliharaan biodiversiti.

Program “The Day: Spread Your Wings 2026” telah diadakan pada 16 Mei 2026 (Sabtu) bertempat di Taman Botani Bangi (TBB), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini dijalankan selama dua jam bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini bertujuan memberi pengalaman bermakna kepada peserta dengan aktiviti santai berkonsepkan alam semula jadi. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah sesi pelepasan kupu-kupu sebagai simbol harapan, kebebasan dan kelestarian biodiversiti. Program ini turut memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar sama ada flora atau fauna.
Program “Microscopic Workshop: Analysis of Herbal Raw Materials for Monograph and Pharmacopoeia Documentation” telah dianjurkan oleh Taman Botani Bangi (TBB), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama delegasi daripada Sarawak Biodiversity Centre pada 11 hingga 15 Mei 2026. Bengkel selama lima hari ini bertujuan memberi latihan dan pendedahan berkaitan teknik analisis mikroskopik bahan mentah herba bagi tujuan penyediaan monograf dan dokumentasi farmakopeia. Program ini merangkumi sesi teori dan praktikal yang melibatkan pengenalan ciri mikroskopik tumbuhan, kaedah penyediaan sampel serta teknik pemerhatian dan analisis tumbuhan herba.
Majlis Penyerahan Projek Pintu Gerbang dan Kabin Taman Botani Bangi telah berlangsung pada 13 Mac 2026 (Jumaat). Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh prasarana Taman Botani Bangi (TBB), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyokong fungsi taman botani sebagai pusat pemuliharaan ex situ, pendidikan, penyelidikan, pembangunan koleksi tumbuhan serta pemindahan ilmu kepada masyarakat. Penambahbaikan kemudahan ini dijangka meningkatkan kecekapan pengurusan, memperluas pelaksanaan program akademik dan libatsama komuniti, serta mengukuhkan peranan TBB sebagai platform pemeliharaan dan pendokumentasian kepelbagaian biologi negara.
Program Pemerkasaan Tahap Kesedaran Kelestarian Cerun (SSEDAR) Melalui Keterlibatan Para Petani telah dilaksanakan pada 6 Julai 2025 melalui kerjasama antara Taman Botani Bangi (TBB), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), MARDI dan Jabatan Pertanian bersama para petani di Cameron Highlands. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran petani terhadap kepentingan pengurusan cerun secara lestari bagi mengurangkan risiko hakisan tanah dan kejadian tanah runtuh. Melalui sesi perkongsian ilmu, demonstrasi teknologi hijau serta pendekatan berasaskan sains, peserta didedahkan kepada amalan pertanian yang lebih selamat, mesra alam dan mampan. Program ini turut memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak universiti, agensi penyelidikan dan komuniti petani dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar serta menyokong pembangunan sektor pertanian.

Peserta Program UniMADANI Taman Botani Bangi (TBB) telah menghasilkan pes asam pedas menggunakan kaedah retort sebagai pendedahan kepada teknologi pemprosesan makanan moden. Aktiviti ini memberi pengetahuan tentang penyediaan, pembungkusan dan pensterilan produk bagi menghasilkan makanan yang selamat, tahan lama serta berpotensi dipasarkan. Sekali gus memupuk kemahiran keusahawanan dan nilai tambah di kalangan peserta.

Peserta Program UniMADANI Taman Botani Bangi (TBB) telah menjalankan aktiviti penyemaian anak pokok cili menggunakan set hidroponik sebagai pendedahan kepada teknik penanaman moden yang lebih sistematik dan efisien. Aktiviti ini melibatkan proses penyediaan medium semaian, penyemaian benih cili ke dalam pasu hidroponik, serta penerangan mengenai kaedah penjagaan anak pokok sehingga peringkat pemindahan. Melalui aktiviti ini, peserta dapat memahami konsep asas hidroponik, kepentingan pengurusan nutrien dan air, serta berpeluang mengaplikasikan amalan pertanian bandar yang mesra alam dan berpotensi meningkatkan hasil tanaman. Program ini turut memupuk minat peserta terhadap bidang pertanian serta menyokong usaha memperkasakan kemahiran komuniti dalam penghasilan makanan secara Lestari.

Program APPGM anjuran Taman Botani Bangi (TBB), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilaksanakan bersama peserta yang terdiri daripada golongan suri rumah dan keluarga B40 sebagai usaha memperkasa komuniti melalui kemahiran pertanian moden. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penanaman cili menggunakan sistem fertigasi, termasuk penyediaan tanaman, pengurusan nutrien dan penjagaan pokok secara sistematik. Melalui program ini, peserta memperoleh ilmu serta kemahiran praktikal yang boleh diaplikasikan di rumah sebagai sumber makanan dan berpotensi menjana pendapatan sampingan. Program ini turut menyokong usaha meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui amalan pertanian yang lestari.

Program Kebun Nuri Nutrisi merupakan kerjasama antara Taman Botani Bangi (TBB), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Bank Rakyat yang melibatkan penyertaan pelajar melalui aktiviti penanaman menggunakan sistem fertigasi. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi pertanian moden, khususnya kaedah penanaman yang membekalkan air dan nutrien secara terkawal kepada tanaman. Melalui aktiviti ini, pelajar memperoleh pengalaman praktikal dalam penyediaan, penjagaan dan pengurusan tanaman fertigasi serta memahami kepentingan pertanian lestari, keselamatan makanan dan inovasi dalam penghasilan tanaman berkualiti.
Program Jelajah Hijau Inklusif Sempena Sambutan Hari OKU Peringkat UKM. Program ini diadakan oleh Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU (UPS-OKU) di Taman Botani Bangi UKM. Peserta terdiri daripada 30 orang pelajar pendidikan khas yang merupakan pelajar autisme. TBB memfokuskan program yang melibatkan aktiviti motor sensori yang bersesuaian dengan pelajar tersebut.
Pada 5 November 2025, Kelab Suritani telah melaksanakan aktiviti penghasilan produk sambal penyet di bawah Program UniMADANI–Taman Botani Bangi. Aktiviti ini bertujuan memperkasakan kemahiran keusahawanan peserta melalui penghasilan produk makanan yang berkualiti, di samping menggalakkan penjanaan pendapatan berasaskan produk tempatan.
Sepanjang program, peserta diberikan pendedahan mengenai pemilihan bahan mentah, penyediaan resipi, proses penyediaan yang menepati aspek kebersihan dan keselamatan makanan, pembungkusan produk serta teknik pelabelan yang sesuai. Peserta juga didedahkan kepada asas pemasaran bagi meningkatkan nilai komersial produk yang dihasilkan.
Program ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penghasilan produk makanan, menggalakkan semangat keusahawanan, serta mengukuhkan kerjasama antara ahli Kelab Suritani dan Program UniMADANI–Taman Botani Bangi dalam usaha memperkasakan ekonomi komuniti.




Pada 23 Oktober 2025, Taman Botani Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima lawatan tapak daripada Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat ke Tapak Fertigasi Program UniMADANI. Lawatan ini bertujuan meninjau pelaksanaan sistem fertigasi yang dibangunkan di tapak projek serta menilai pengurusan, penyelenggaraan dan perkembangan tanaman.
Sepanjang lawatan, delegasi diberikan penerangan mengenai konsep fertigasi, kaedah pengurusan tanaman, sistem pengairan dan pembajaan, serta potensi projek sebagai platform pembelajaran, penyelidikan dan pemerkasaan komuniti. Sesi perbincangan turut diadakan bagi berkongsi pandangan, cadangan penambahbaikan dan amalan terbaik dalam pengurusan projek pertanian moden.
Lawatan ini berjaya mengukuhkan hubungan kerjasama antara UKM dan Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat, di samping membuka peluang kepada perkongsian kepakaran serta usaha memperkasakan pembangunan pertanian lestari dan keselamatan makanan melalui Program UniMADANI.




Taman Botani Bangi (TBB), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meneruskan komitmennya dalam mendidik masyarakat tentang kelestarian alam sekitar melalui Program Semai Cinta Alam 2.0 yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Batu Laut (SKBL) pada 11 Jun 2025. Program ini merupakan kesinambungan kepada usaha mendekatkan pelajar dengan alam semula jadi melalui aktiviti interaktif seperti penanaman pokok herba, penghasilan laman dapur, dan sesi pendidikan alam sekitar. Seramai lebih 130 murid terlibat secara aktif dalam aktiviti yang melibatkan penanaman lebih 160 anak pokok di sekitar kawasan sekolah.TBB berperanan bukan hanya sebagai pusat konservasi dan penyelidikan, tetapi juga sebagai agen pendidikan luar bilik darjah yang menyokong aspirasi pendidikan alam sekitar peringkat sekolah rendah. Usaha ini diharap dapat menyemai nilai murni, tanggungjawab sosial serta kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar sejak usia muda.




Pada 11 Jun 2025, program UniMadani bersama ibu tunggal dan suri rumah sekitar Bangi telah diadakan di Kompleks Rumah Tumbuhan, Taman Botani Bangi. Program ini bertujuan memberi pendedahan asas mengenai pertanian moden, khususnya teknik hidroponik, sebagai salah satu inisiatif menjana pendapatan komuniti. Aktiviti dimulakan dengan sesi perjumpaan peserta dan lafaz Aku Janji sebagai simbolik komitmen mereka terhadap program. Seterusnya, peserta diberi penerangan asas mengenai sistem hidroponik dan diperkenalkan kepada produk Mr Molec yang berkaitan dengan pertanian lestari. Program ini membuka peluang keusahawanan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pertanian bandar.




Pada 21 Mei 2025, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Hari Penyelidikan dan Inovasi (HAPI) 2025 bersempena sambutan 25 tahun penubuhan FST. Program yang diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM Bangi ini merupakan sebahagian daripada Festival of Ideas FST dan telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor Strategi dan Kewatanan, UKM. Taman Botani Bangi (TBB) turut serta dalam program ini dengan menghantar tiga penyertaan inovasi. Projek Ferti-Go: Sistem Mini Fertigasi telah memenangi pingat emas, manakala EroPlant-SIMr:Inovasi Simulator Intensiti Mikrohujan untuk Penilaian Keberkesanan Tumbuhan dalam Pendekatan Bio-kejuruteraan Cerun dan Se-soap: Sabun Organik Berasaskan Senduduk Bulu masing-masing meraih pingat gangsa. Di samping itu, TBB juga membuka booth jualan yang mempamerkan dan menjual pelbagai produk termasuk sayur, sambal dan anak pokok. Penyertaan ini bukan sahaja menyerlahkan daya cipta dan inovasi TBB dalam bidang pertanian dan produk semula jadi, malah mengukuhkan peranan TBB dalam menyumbang kepada penyelidikan, pembangunan mampan dan pemindahan ilmu kepada masyarakat.




Pada 17 Mei 2025, Taman Botani Bangi telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada Kelab PEMADAM UKM dan Kolej Universiti IJN. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepelbagaian tumbuhan tropika serta peranan TBB dalam pemeliharaan biodiversiti dan pendidikan alam sekitar. Peserta dibawa melawat kawasan seperti Taman Herba dan Taman Paku-Pakis, sambil diberi penerangan oleh staf terlatih. Lawatan ini berjaya menggalakkan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar serta mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dan TBB.




Pada 13 Mei 2025, satu lawatan kerja ke Taman Botani Perdana telah diadakan oleh pihak Taman Botani Bangi dengan tujuan utama untuk menjalankan pengumpulan sampel pokok bunga raya bagi tujuan penyelidikan dan dokumentasi spesies. Lawatan ini melibatkan tinjauan ke beberapa kawasan dalam taman tersebut yang menempatkan pelbagai varieti bunga raya tempatan dan hibrid. Pengumpulan data ini penting bagi menambah kepelbagaian koleksi tumbuhan di TBB serta menyokong usaha konservasi spesies warisan negara. Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform perkongsian maklumat antara dua taman botani dalam usaha memelihara biodiversiti dan memperkukuh jaringan kerjasama ilmiah.




Bengkel Pengurusan Aset yang diadakan pada 14 Mei 2025 di Taman Botani Bangi bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran kakitangan dalam mengurus aset jabatan dengan lebih sistematik dan berintegriti. Bengkel ini merangkumi topik seperti tatacara pendaftaran aset, penyimpanan rekod, penyelenggaraan, serta pelupusan aset mengikut prosedur yang ditetapkan. Para peserta turut didedahkan dengan kepentingan pematuhan terhadap garis panduan pengurusan aset kerajaan serta penggunaan sistem digital untuk merekodkan aset. Program ini memberi nilai tambah kepada pengurusan organisasi dan memastikan setiap aset digunakan secara optimum, diselenggara dengan baik, dan direkodkan secara telus serta teratur




Bengkel ‘How to Guide‘ anjuran Taman Botani Bangi pada 5–6 Mei 2025 bertujuan melatih semua kakitangan sebagai pemandu pelancong berpengetahuan sekiranya menerima lawatan rasmi dari mana-mana pihak. Sepanjang bengkel, peserta didedahkan dengan maklumat penting di pelbagai lokasi seperti Taman Herba, Taman Paku-Pakis dan nurseri. Skrip panduan disediakan bagi memastikan penyampaian yang seragam dan tepat. Setiap peserta perlu menjalani sesi latihan praktikal sebagai pemandu pelancong. Tiga peserta terbaik dipilih berdasarkan penyampaian dan penguasaan isi, seterusnya diumumkan sebagai pemenang serta menerima hadiah. Program ini memperkukuh imej profesionalisme TBB dalam menyambut tetamu.




Pada 30 April 2025, Taman Botani Bangi (TBB) telah menganjurkan Bengkel Pembuatan Sambal Botanica bersempena lawatan kerja oleh APPGM. Program ini mengetengahkan hasil tangan Persatuan Suritani, iaitu kumpulan suri rumah dan ibu tunggal di bawah inisiatif TBB, yang menghasilkan sambal secara tradisional namun berkualiti tinggi. Bengkel ini bukan sahaja memperkenalkan produk tempatan berasaskan herba taman, malah memperkasa golongan wanita melalui keusahawanan komuniti. APPGM turut mengadakan lawatan rasmi ke kawasan rumah kaca dan ladang cili TBB bagi meninjau potensi pertanian bandar dan sokongan terhadap ekonomi komuniti setempat.Lawatan ini membuka peluang jaringan kerjasama serta pengiktirafan terhadap usaha TBB dalam memperkukuh ekonomi komuniti dan kelestarian sumber tempatan.




Taman Botani Bangi telah mengadakan Bengkel Penerbitan Buku menggunakan program InDesign pada 27 Februari 2025 di Bilik AktiV Fakulti Sains dan Teknologi. Ia merupakan satu inisiatif yang sangat bermanfaat dalam memperkasakan kemahiran teknikal warga kerja dan pelajar dalam bidang penerbitan. Melalui penggunaan perisian Adobe InDesign, para peserta berpeluang mempelajari asas-asas mereka bentuk dan menyusun kandungan buku secara profesional. Program ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecekapan dalam aspek reka letak dokumen, malah turut membuka ruang kepada penghasilan bahan penerbitan berkualiti tinggi untuk tujuan ilmiah dan promosi. Bengkel ini menyokong pembangunan literasi digital dan kreativiti dalam kalangan komuniti akademik.




Program Semai Cinta Alam @ SKBL telah berjaya dianjurkan pada 20 Februari 2025 dengan penuh semangat di Sekolah Kebangsaan Batu Laut (SKBL) hari ini. Program ini merupakan insiatif Taman Botani Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia (TBB, UKM) dengan kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Batu Laut dan Kumpulan Pegawai Penyelidik Fakulti Sains & Teknologi (FST), UKM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para pelajar sekolah rendah terhadap kepentingan menjaga alam sekitar serta menarik minat pelajar terhadap bidang sains dan biodiversiti. Acara ini disertai oleh pelajar berusia 10 hingga 12 tahun iaitu seramai 202 orang telah menunjukkan keaktifan dan keterujaan sepanjang program berlangsung. Program dimulakan dengan sesi perkongsian bertajuk “Semai Cinta Alam dan Jom Jadi Saintis”, diikuti oleh sesi “Santai Alam” dan juga aktiviti selingan iaitu EcoQuiz yang mana para pelajar diberikan soalan-soalan yang berkaitan dengan sains. Dengan sambutan yang menggalakkan, diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan generasi muda terus diberi pendedahan dan motivasi untuk menjadi pemelihara alam sekitar yang bertanggungjawab.



