Taman Botani Bangi

 Universiti Kebangsaan Malaysia

RUMAH KACA

Rumah kaca sering digunakan dalam pertanian cara moden kerana ia merupakan ladang tiruan yang diwujudkan untuk mengawal tanaman dengan cara lebih efisien. Ia merupakan bangunan yang berkonsepkan rumah hijau yang boleh membantu meningkatkan kadar pertumbuhan pokok dengan cepat melalui pemerangkapan haba. Rumah kaca boleh digunakan untuk membantu melindungi anak pokok daripada angin, cuaca, hujan, dan haiwan serta serangga perosak. Suhu, air, baja, cahaya matahari dan sistem pengudaraan boleh dikawal mengikut kesesuaian untuk pertumbuhan anak pokok di rumah kaca.
Sistem fertigasi didalam rumah kaca dijalankan melalui kaedah pengairan titis, dalam kaedah ini cecair baja disalurkan di dalam pengairan, membolehkan baja diambil oleh tanaman secara efisien berbanding kaedah biasa. Sistem irigasi di dalam rumah kaca pula menggunakan sistem pengairan percikan yang mampu menyiram air ke seluruh tapak tanaman di dalam rumah kaca. Sistem ini mampu mengekalkan kelembapan tanah sesuai untuk pertumbuhan tanaman.
Taman Botani Bangi, UKM mempunyai 5 unit rumah kaca dan setiap rumah kaca ini mempunyai “rolling bench” yang berbeza, contohnya 27 buah yang mampu memuatkan sebanyak 1080 anak pokok.  Kadar sewaan Rumah Kaca Taman Botani Bangi boleh dirujuk pada Jadual di bawah: