Taman Botani Bangi

 Universiti Kebangsaan Malaysia

NURSERI

Nurseri adalah tempat di mana pembiakan, perambatan dan penanaman pokok dilakukan untuk tujuan membanyakkan koleksi pokok, penyimpanan, rujukan fenotip pokok dan juga untuk tujuan jualan. Ia menjadi pusat pembiakan dan pemuliharaan bagi sesetengah spesies anak pokok bagi memulihara sistem ekologi bumi. Nurseri di Taman Botani Bangi memfokuskan kepada pembiakan anak pokok herba, pokok hiasan, pokok laman dapur, pokok buah-buahan dan pelbagai spesies pokok hutan.
Nurseri TBB boleh dikunjungi pada bila-bila masa hari bekerja dengan temujanji kakitangan bertugas melalui no telefon berikut 013- 669 7331. Jualan tanaman juga dilakukan secara dalam talian melalui laman sesawang http: www.ukm.my/tamanbotanibangi Jualan Produk Taman Botani Bangi juga dilakukan setiap bulan ketika pembayaran gaji kakitangan kerajaan mengikut tarikh yang ditetapkan pada setiap bulan.