Ekspedisi Saintifik Hutan Bangi UKM 2026

Ekspedisi Saintifik Hutan Bangi UKM 2026 akan berlangsung pada 17 hingga 21 Ogos 2026 di Hutan Simpan Kekal Bangi, UKM. Dianjurkan oleh Taman Botani Bangi, ekspedisi ini akan dirasmikan oleh Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, YB Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Perbendaharaan Negeri Selangor. Program ini turut mendapat kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Pusat Strategi UKM dan EcoExplorers Malaysia. Bertemakan “Menelusuri Khazanah Kepelbagaian Biologi Hutan Bandar”, ekspedisi ini menghimpunkan penyelidik daripada pelbagai bidang untuk meneroka, mendokumentasikan dan memulihara biodiversiti flora, fauna serta ekologi hutan bandar secara sistematik, bersepadu dan lestari.