Taman Botani Putrajaya yang merupakan penganjur Ekspedisi Saintifik Biodiversiti Taman Rumba Alam Putrajaya telah menjemput Taman Botani Bangi UKM untuk terlibat dalam ekspedisi yang dijalankan. Taman Botani Bangi UKM telah menjalankan pengutipan sampel paku pakis dan kajian plot tumbuhan tinggi. Ekspedisi ini dijalankan bermula 21 Mei sehingga 20 November 2024 di Taman Rimba Alam Putrajaya.