About Light up Autism

Light the autisms logo

Program Light up Autism ini merupakan program larian amal yang dianjurkan oleh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dalam usaha untuk menambah sumber kewangan Tabung Amanah Makmal Kanak-Kanak Istimewa UKM. Program ini yang bertemakan Your World Is Our World, Together We Stand diharapakan mampu menampung kos pembiayaian belanja operasi makmal, kos penyelidikan dan membina prasarana yang lebih kondusif untuk sistem pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak istimewa. Program ini juga akan mendapat penyertaan dan komitmen dari agensi bukan kerajaan dan kerajaan seperti HOPE (Early Project Autism Malaysia), NASOM (The Nasional Autism Society of Malaysia), ARISMA, Permata Kurnia (Autisme) dan Persatuan Autisme Muslim Malaysia (Autisme Malaysia).

Program ini adalah salah satu cara untuk memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa, individu, masyarakat serta mahasiswa UKM untuk membantu Makmal Pembelajaran Autisma UKM meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan demi mencapai objektif jangka panjang makmal ini sekaligus dapat menyumbang ke arah peningkatan perkhidmatan pendidikan untuk kanak-kanak autistik di Malaysia. Pada masa yang sama, bukan kesedaran komuniti terhadap kanak-kanak autistik sahaja dapat ditingkatkan malah program ini mampu mempromosikan pembelajaran sains interaktif di kalangan kanak-kanak autistik juga melalui geran penyelidikan KOMUNITI-2012-008 (Pendekatan Sains Interaktif untuk Kanak-kanak yang mengalami Autisme).