Makmal Pembelajaran Autisme UKM

logo Makmal

Tarikh dibuka: 5 Januari 2009
Dikenali sebagai Makmal Pembelajaran Autisme UKM (MaiA) pada Januari 2010
Penyelidikan di bawah penyeliaan Dr. Hasnah Toran

Kajian terkini di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 1 dalam 88 kanak-kanak mungkin adalah penghidap autisme. Ini adalah suatu peningkatan yang besar jika dibandingkan dengan anggaran yang dibuat pada tahun 1990-an, iaitu 4 atau 5 dalam 10,000 kanak-kanak. National Center on Birth Defects and Developmental Disabilities di U.S. (NCBDDD) menganggarkan bahawa kos pendidikan khas bagi kanak-kanak autisme adalah antara USD 8,000 dan USD 30,000 setiap tahun bagi program-program khas. Kos bagi program selepas mereka tamat persekolahan boleh mencecah sehingga USD 80,000-USD 100,000 setiap tahun bergantung kepada tahap autisme yang dihidapi (NCBDDD, 2000). 90% daripada perbelanjaan ini adalah untuk menampung kos perkhidmatan untuk orang dewasa yang mengalami autisme. Kos ini dapat dikurangkan melalui identifikasi dan intervensi awal. Autism Society of America menganggarkan bahawa perbelanjaan tahunan bagi merawat pesakit-pesakit autisme akan menigkat kepada USD200-400 billion. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2004 mendapati bahawa kadar prevalens autisme adalah 1:600. Walaupun kadar ini boleh dipertikaikan, namun bilangan kanak-kanak yang mengalami autisme di Malaysia masih tinggi.

Mengikut perangkaan tahun 2008, terdapat 15 juta kanak-kanak di bawah usia 15 tahun. Jika statistik ini digunakan, maka terdapat 16,000 kanak-kanak di bawah 15 tahun di Malaysia yang mengalami autisme. Intervensi awal telah terbukti berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga, meningkatkan kemahiran kanak-kanak kurang upaya, mengurangkan bilangan pelajar yang memerlukan pendidikan khas di sekolah dan mengurangkan kos perkhidmatan yang perludisalurkan apabila mereka dewasa kelak. Disebabkan program intervensi awal untuk kanak kanak autisme adalah labour intensive, maka nisbah guru kepada pelajar sebanyak 1:1 adalah disarankan oleh pengkaji-pengkaji.

Dengan peningkatan kejadian autisme diseluruh dunia, kumpulan penyelidikan kami telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Makmal Pembelajaran Autisme UKM. Pada masa kini, Makmal Pembelajaran Autisme UKM mempunyai 10 orang Pembantu Penyelidik dan 17 orang pelajar. Kini, setelah lebih daripada tiga tahun beroperasi, Makmal Pembelajaran Autisme UKM mampu berbangga dengan pelbagai projek penyelidikan yang telah dijalankan. Dapatan daripada penyelidikan ini seterusnya disebarkan secara langsung kepada masyarakat dan komuniti menerusi penulisan, bengkel, seminar dan ceramah. Bukan itu sahaja, malah nama Makmal Pembelajaran Autisme UKM sudah menjadi sebutan setiap kali isu berhubung autisme diketengahkan. Pengiktirafan yang diberikan oleh masyarakat ini tentunya menyuntik semangat ahli kumpulan penyelidikan ini untuk lebih komited bagi menjadi Makmal Penyelidikan Autisme yang pertama dan terunggul di Malaysia.

SAM_0072 IMG_7828 IMG_4866 SAM_2334

Find usĀ  : http://makmalautisma.blogspot.com/