Program Tabung Amanah

Program bagi Menambah Dana Tabung Amanah

1) Majlis Makan Malam Amal Autisme diadakan pada 7 Mei 2011, dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Encik Hadzir Md. Zain yang mewakili YBhg. Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dihadiri oleh 700 orang peyumbang, berjaya mengumpul dana sebanyak RM87, 740.00, bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.

2) Pameran Seni Lukis Aspresiasi Insan Instimewa anjuran bersama Muzium Warisan Akademik UKM dan Fakulti Pendidikan UKM pada 8 Mei 2011 hingga 8 Jun 2011.

3) Acara Golf Amal Autisme UKM 2012 “Golf untuk Autisme”, dirasmikan oleh Pro-Canselor UKM, YABhg. Tun Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Sarji Abdul Hamid, turut dihadiri oleh Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan YAM Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Jaafar, disertai oleh 88 orang peyumbang, berjaya mengumpul sebanyak RM87, 000.00, bertempat di Kelab Golf Danau UKM.