Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Lawatan Pemandu Pelancong dari Johor

Dari kiri : En. Nizam Salleh, En. Shahrool Anuar bin Rohani, Cik Ku Adriani, En. Mohd Shahrul Izuan bin Mohd Noh, En. Mohd Syukri bin Mohamad, En. Azizul Hakim bin Shahibul Bahari dan Nor Helinda bt Alias

Sekumpulan pemandu pelancong muda dari Kota Tinggi, Johor telah mengadakan lawatan singkat ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) pada 5hb Jun 2013. Lawatan ini diketuai oleh Encik Nizam Salleh, pemandu pelancong dari Northern Rainforest Travel Sdn Bhd. Objektif lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pemandu pelancong ini mengenai fungsi PPL, kemudahan yang disediakan kepada penyelidik, jenis penyelidikan yang dijalankan, program utama PPL dan juga untuk melihat sampel penyelidikan dan poster yang dipamerkan.

oleh Ku Adriani

Translate »