‘Menghidupkan masa silam untuk masa depan’ Bengkel Perbincangan Strategik Warisan Budaya Langkawi.

Bengkel Strategik Warisan Budaya 160415

Bengkel Perbincangan Strategik Warisan Budaya dan Tradisi Setempat bersama komuniti Langkawi dengan jayanya telah diadakan di tiga buah mukim Padang Mat Sirat, Bohor dan Ulu Melaka selama tiga hari bermula dari 14 sehingga 16 April 2015. Tujuannya untuk mengenalpasti warisan budaya yang ada di setiap mukim melalui perbincangan strategik bersama komuniti setempat di mukim yang telah dikenalpasti.  Hasil dapatan perbincangan ini akan digunakan untuk mencirikan dan memetakan warisan budaya Langkawi bagi memenuhi objektif utama projek FRGS/1/2014/STWN09/UKM/02/1. Sebahagian daripada ahli penyelidik yang terlibat dalam bengkel kali ini ialah Prof. Dr. Ong Puay Liu (KITA,UKM), Dr. Lee Jing dan Dr. Sharina Abdul Halim serta empat orang pelajar di peringkat PhD dan Sarjana LESTARI UKM.

Laporan oleh Dr. Sharina Abdul Halim.