Pengenalan dan Latihan Taksidermi

latihan_taksidermi_ppl

Anjuran: Zima Enterprise dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 30 Mac 2015 – 05 April 2015

Tempat: Makmal Biologi, PPL

Taksidermis: Tuan Haji Abdullah bin Abu Hassan (Pengurus Zima Enterprise)

Dibantu oleh: En. Ali Mufti bin Ahmad dan En. Sufian bin Said

Peserta: 

  1. Cik Asbiyatulaida binti Derahman (Pegawai Sains, PPL)
  2. En. Ehwan bin Ngadi (Pelajar Pascasiswazah)
  3. Pn. Indara Rahayu binti Mohd Noor (Pemandu Pelancong / Sukarelawati)
  4. Cik Nur Izzati binti Jabli (Pelajar Latihan Industri, UniKL MICET)

Objektif:

  1. Menyediakan bahan-bahan pameran awetan di Galeri Penyelidikan PPL.
  2. Menyediakan kursus dan latihan bagi melengkapkan bidang pengurusan taksidermi.
  3. Mengelakkan pembaziran spesies haiwan yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Langkawi.

Taksidermi (dari bahasa Yunani, bermaksud penyusunan kulit) adalah seni penyediaan, pemadatan dan pemasangan kulit binatang (terutamanya vertebrata) dalam bentuk seperti hidup untuk paparan muzium atau trofi memburu, dan sebagai sumber pembelajaran atau hanya sebagai pemeliharaan haiwan peliharaan. Taksidermi boleh dilakukan kepada semua spesies haiwan vertebrata, termasuklah mamalia, burung, ikan, reptilia dan amfibia. Seseorang yang mengamalkan taksidermi dipanggil pengawet binatang. Seorang pengawet binatang memerlukan bantuan anatomi, ukiran, lukisan dan penyamakan spesies haiwan.

Beberapa ekor burung dan haiwan mamalia kecil (tupai, musang dan memerang) telah siap di taksidermi untuk tujuan pameran di Galeri Penyelidikan PPL.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.