Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pemuliharaan dan Saintifik Langkawi Geopark bil 1/2014

entry 1

Satu mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuliharaan dan Saintifik telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama di Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi LADA pada 3hb September 2014. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Dr. Raihan Taha, Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM dan dihadiri oleh wakil daripada Jabatan Perhutanan Kedah, Jabatan Warisan Negara, Jabatan Alam Sekitar Langkawi, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Jabatan Perhilitan, Jabatan Mineral dan Geosains, Bahagian Geopark LADA dan Malaysia Association of Tours and Travel Agents (MATTA). Mesyuarat ini membincangkan tentang hal-ehwal saintifik Geopark seperti penyelidikan yang dijalankan, pencemaran dan hakisan. Hal-ehwal pemuliharaan juga turut dibincangkan seperti latihan keupayaan pembinaan, pewartaan tapak, pengurusan hidupan liar, geotapak dan juga isu-isu yang berbangkit. Mesyuarat yang bermula pada jam 10.30 pagi ini berakhir pada jam 1 tengah hari.

oleh Ku Adriani Ku Ayob.