PROGRAM LESTARI RAKYAT bersama pelajar Sekolah Rendah di Pulau Langkawi

LESTARI RAKYAT 27-29.4.2015 II

LESTARI RAKYAT 27-29.4.2015

Tarikh: 27-29 April 2015

Tempat: PPL

Jumlah pax: 45

Anjuran: LESTARI UKM DAN YAYASAN BANK RAKYAT

Program LESTARI RAKYAT Siri III telah dijalankan dengan jayanya pada 27-29 April yang lalu dengan melibatkan seramai 45 pelajar sekolah rendah dari Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba, Sekolah Rendah Selat Bagan Nyior dan Sekolah Rendah Lubuk Chempedak. Pada program kali ini, pelajar didedahkan dengan modul hutan, air, tanah dan sisa yang diberikan secara teori dan praktikal. Selain daripada mengikuti modul-modul ini, pelajar juga telah dibawa ke kawasan Air Terjun Telaga Tujuh untuk melakukan kerja lapangan.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.