Snakes of Langkawi Island by Othman Ayeb

SNAKE TALK 18.4.2015

Tarikh: 18.4.2015

Tempat: PPL

Jumlah pax: 30

Anjuran: Rimbawi Geo Discovery

Pada 18 April 2015, Rimbawi Geo Discovery telah menganjurkan satu kursus bertajuk “Snakes of Langkawi Island”. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendidikan dan pendedahan kepada umum mengenai taburan spesis ular yang terdapat di pulau ini dan apa yang perlu dilakukan apabila dipatuk ular. Kursus ini juga mengajar bagaimana untuk menangkap dan mengeluarkan ular dari rumah dengan selamat serta mengembalikan ular tersebut ke habitat asal mereka. Moderator kursus ini adalah Encik Othman Ayeb. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan ular dan beliau telah mendapat pengiktirafan dari “The Guinness World Book of Records” pada tahun 1999. Kursus yang berlangsung separuh hari ini telah dihadiri lebih kurang daripada 30 peserta dan diakhiri dengan demonstrasi bagaimana untuk mengendalikan ular.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.