Tourist Guide Course on Geopark 29- 30 Jun 2015

IMG_20611(1)2

Kursus “Tourist Guide Course on Geopark” telah diadakan pada 29 – 30 Jun 2015 bertempat di Pusat Penyelidikan Langkawi. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan informasi terkini dan sedia ada mengenai Langkawi Geopark kepada peserta-peserta kursus. Kursus ini dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Langkawi Tour Guide Association (LTGA). Seramai 33 peserta telah menyertai kursus ini.

Tenaga pengajar yang terlibat dalam kursus ini adalah Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed, Prof. Dr. Che Aziz Ali, Prof. Dr. Norhayati Ahmad, Dr. Tanot Unjah, Dr. Sharina Abdul Halim dan Dr. Juliana Senawi. Antara topik yang diberikan sepanjang kursus ini adalah:

  1. Langkawi Geopark
  2. Pengenalan kepada Geologi
  3. Mineral dan Batuan Langkawi
  4. Fosil Langkawi, Landskap Langkawi
  5. Kepelbagaian Biologi Langkawi
  6. Sejarah dan Tradisi Tempatan Langkawi

Selain daripada kelas yang diberikan, peserta juga dibawa mengeliling Pulau Langkawi dengan menaiki bas. Sepanjang perjalanan, peserta diminta berkongsi ilmu pengetahuan dengan memberikan penerangan untuk beberapa tempat perlancongan terpilih di Pulau Langkawi. Pada hari terakhir, peserta dibawa ke Kilim Geoforest Park untuk penerangan dengan lebih mendalam. Kursus diakhiri dengan upacara penyampaian sijil kepada peserta oleh YBhg Tan Sri Khalid Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif LADA.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.