17th Regional Geoscience Congress of Southeast Asia (GEOSEA 2022) and 34th National Geoscience Conference (NGC)

Anjuran: Persatuan Geologi Malaysia (Geological Society of Malaysia – GSM), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) & Institut Geologi Malaysia (IGM)

Tarikh: 17 – 21 Oktober 2022

Tempat: Hotel Bayview, Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 21 Oktober 2022 – Bersempena dengan 34th National Geoscience Conference (NGC), Persatuan Geologi Malaysia (GSM) dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Institut Geologi Malaysia (IGM) beserta kolaborasi bersama universiti-universiti tempatan dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), telah menganjurkan persidangan bertaraf antarabangsa iaitu 17th Regional Geoscience Congress of Southeast Asia (XVII GEOSEA 2022/ GEOSEA 2022). Persidangan yang dirasmikan oleh Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor, Pejabat Setiausaha Bahagian Kanan (Mineral dan Geosains), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli ini telah dihadiri oleh pakar-pakar daripada pelbagai bidang bagi membicarakan isu-isu berkaitan geosains dan geoteknologi di rantau Asia Tenggara. Semasa persidangan ini, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah dijadikan salah satu lokasi bagi lawatan lapangan (Mid-congress Field Excursion). PPL-UKM juga turut dijemput sebagai pempamer ketika persidangan ini berlangsung.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman