Kerja Lapangan Penggambaran Kelawar (Terbang)

Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi (FST-UKM) & Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 6 – 9 Disember 2022

Tempat:  UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS) & sekitar Pulau Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 6 Disember 2022 – Satu kerja lapangan penggambaran kelawar (terbang) telah dijalankan di sekitar Pulau Langkawi oleh pakar-pakar penyelidik kelawar iaitu Dr. Juliana Senawi (Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM) dan Dr. Nurul Ain Elias (Universiti Sains Malaysia, USM) serta Prof. Dr. Charles M. Francis, ahli biologi daripada Carleton University. Lubuk Semilang, Sungai Kubang Badak, Gua Pinang dan Gua Kelawar, Kilim adalah antara beberapa lokasi penangkapan dan persampelan kelawar bagi mendapatkan spesis kelawar yang berlainan jenis untuk diambil serta direkodkan gambar. Kakitangan-kakitangan daripada Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) turut serta memberi bantuan sepanjang kerja lapangan ini dijalankan.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman