Lawatan oleh Majalah WHERE2 Langkawi

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Tarikh: 5 Januari 2019

Tempat: Galeri Penyelidikan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Pada 5 Januari yang lalu, wakil penulis daripada Majalah WHERE2 Langkawi iaitu En. Rexy Prakash Chacko bersama beberapa kakitangan daripada bahagian Geopark LADA telah membuat lawatan ke Galeri PPL. Lawatan ini adalah bertujuan mengenalpasti dan mendapatkan isu-isu serta maklumat berkaitan pelancongan di Langkawi UNESCO Global Geopark untuk dimuatkan kedalam penulisan Majalah WHERE2 Langkawi terbitan Feb/Mac 2019. Lawatan ini berlangsung lebih kurang 2 jam dan berakhir pada jam 11 pagi.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.