Lawatan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 8 September 2019

Tempat: Makmal Interaksi dan Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah.

Satu lawatan mesra dan perbincangan khas bersama Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah iaitu Tuan Haji Roslan Rani telah diadakan pada 8 September 2019 di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL). Lawatan dan perbincangan ini dihadiri oleh felo bersekutu Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad, Dato’ Shaharuddin Mohamad Ismail dan Dr. Shamsul Khamis. Turut hadir bersama adalah Cik Affeefah Amanee Che Ahamed (Pegawai Hutan Daerah Langkawi) serta pegawai-pegawai LESTARI dan PPL termasuklah En. Nik Mohd Faizul Md Saad (Pegawai Penyelidik Kanan) dan En. Norazmi Abd Kadir (Penolong Pegawai Sains), serta pembantu penyelidik, Cik Nurul Hidayah Shamsul Ariffin.

 

 

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.