Lawatan Pelajar Sekolah ke Pusat Penyelidikan Langkawi

Pada 12 November 2018, Pusat Penyelidikan Langkawi telah menerima lawatan daripada 37 orang pelajar dan 3 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat serta 80 orang murid dan 6 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Bayas. Pelajar dibawa melawat ke galeri dan ditayangkan video Langkawi Geopark, video korporat Universiti Kebangsaan Malaysia serta video Pusat Penyelidikan Langkawi. Lawatan ini mengambil masa lebih kurang dua jam tiga puluh minit. Lawatan ini dikendalikan oleh Encik Muhammad Nikman Ahmadan dan dibantu oleh Cik Nor Amilia Che My.

Bersama pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat, Langkawi.

Bersama pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan Bayas, Langkawi.

 

Laporan disediakan oleh Nor Amilia Che My.