Program Perbincangan Kumpulan Terfokus (FGD) Kajian “Fishing Fleet Composition and Ultimate Beneficial Ownership in Malaysia”

Anjuran: Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 1 November 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 1 November 2022 – Satu program perbincangan kumpulan terfokus (focus group discussion – FGD) bagi kajian bertajuk “Fishing Fleet Composition and Ultimate Beneficial Ownership in Malaysia” yang bertujuan untuk mengenalpasti komposisi kapal di Zon Ekonomi Eksklusif (Economics Exclusive Zone – EEZ) Malaysia termasuklah jenis pemilikan vesel dan perjanjian pencapaian yang sedang dilaksanakan serta skop dan skala pemilikan berfaedah asing dalam kapal, telah dijalankan di Pulau Langkawi, iaitu bertempat di UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS). Program FGD yang telah dijalankan ini adalah bagi mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada pihak berkepentingan terutamanya di Langkawi, terhadap isu, cabaran dan cadangan untuk membaik pulih sektor perikanan dan kelestarian kelautan di Malaysia. Antara penyelidik-penyelidik yang hadir termasuklah Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim, Dr. Lubna Alam (Ketua Projek), Dr. Rospidah Ghazali dan Dr. Lim Chen Kim. Kakitangan-kakitangan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) turut hadir membantu bagi menjayakan program ini.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman