Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Setinggi-tinggi tahniah!

Prof. Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar (dua dari kanan)

Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar diatas penganugerahan Darjah Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran Dato’.

Majlis penganugerahan tersebut telah diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah pada 19 Januari 2014 sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang ke-86 .

Turut menerima Darjah Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) adalah ADUN Ayer Hangat Langkawi, Dato’ Mohd Rawi Abdul Hamid dan Pengerusi Eksekutif Securiforce, Datuk Dr. Maznah Hamid (gambar).

oleh Ku Adriani Ku Ayob.

Translate »