The Head of Centre

 

 

 

Selamat datang ke laman web Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra)

Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra) merupakan salah satu daripada enam pusat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Ditubuhkan bertujuan untuk menjadi pelopor dalam penyelidikan yang memfokus kepada tiga aspek penyelidikan mengikut kluster berikut (1) Kluster Kaunseling, Pengurusan Krisis dan Kebajikan Sosial, (2) Kluster Kesihatan Mental dan Kualiti Hidup dan (3) Kluster Pembangunan Manusia dan Tenaga Kerja. Kepakaran dan hasil penyelidikan PsiTra menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosial dan kesejahteraan masyarakat.

Berdasarkan aspek pendidikan, PsiTra penawaran tiga program pengajian utama kepada masyarakat iaitu (1) Program Psikologi, (2) Program Kerja Sosial dan (3) Program Pembangunan Manusia. Pada masa ini PsiTra menawarkan 2 program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian, 3 program akademik di Peringkat Ijazah Sarjana Sains Sosial, 2 program Ijazah Sarjana Falsafah dan 3 program akademik di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Saya berharap maklumat yang disajikan di laman web PsiTra ini dapat membantu menyediakan maklumat berkaitan dengan program pengajian dan penyelidikan kepada masyarakat. Anda boleh menghubungi kami sekiranya memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai program pengajian dan aktiviti kami. Kami mengalu-alukan pelajar dari Malaysia dan luar negara untuk menyertai kami dalam mencapai kecemerlangan pendidikan dan meluaskan jaringan penyelidikan berkaitan dengan bidang psikologi dan kesejahteraan manusia.

Terima kasih sekali lagi kerana melayari laman web kami.

Prof. Madya Dr. Fatimah Wati Halim
Pengerusi
Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia