KROMATOGRAFI GAS-PENGESAN PENGIONAN NYALA (GC-FID)
Instrumen ini digunakan untuk menentukan ketulenan atau komposisi sesuatu campuran, bahan pencemar dan pemantauan bahan sisa serta alam sekitar bagi sampel yang boleh meruap sahaja. Penggunaan GC-FID boleh diaplikasi dalam pelbagai bidang termasuklah farmaseutikal, agrokimia, makanan, hasil semula jadi, petrokimia, biokimia, cat, polimer dan gentian. GC-FID di Bangunan Sains Biologi (Program Sains Makanan) juga menyediakan perkhidmatan analisis menggunakan kaedah SPME.
KROMATOGRAFI CECAIR PRESTASI TINGGI (HPLC)
Instrumen KCPT (HPLC) ini digunakan khusus untuk pengukuran kualitatif dan kuantitatif serta juga pemisahan preparatif bagi sebatian organik dalam suatu campuran termasuk campuran tabii.
JENAMA & MODEL:
Waters/ 1525 - (Binary PHPLC Pump)
Waters/ 2475 - (Fluorescene Detector)
Waters/ 2424 - (ELS Detector)
JENIS PENGESAN :
Evaporative Light Scattering (ELSD) & Fluorescene (Digunakan khusus untuk penentuan karbohidrat dan mikotoksin dalam suatu sebatian campuran).
KROMATOGRAFI CECAIR PRESTASI TINGGI (HPLC)
Instrumen KCPT (HPLC) ini digunakan khusus untuk pengukuran kualitatif dan kuantitatif serta juga pemisahan preparatif bagi sebatian organik dalam suatu campuran termasuk campuran tabii.
JENAMA & MODEL :
Waters/ 1525 - (Binary PHPLC Pump)
Waters/ 2998 - (PDA Detector)
JENIS PENGESAN :
Photodiode Array (PDA/DAD)
PENGANALISIS ASID AMINO
Instrumen ini digunakan untuk mengenalpasti kehadiran dan jumlah kandungan asid amino di dalam sampel terbitan menggunakan reagen ‘Accq-Tag Fluor’.
PENGANALISIS ANTI OKSIDAN
Alat ini digunakan khusus untuk menentukan antioksidan di dalam sesuatu sampel (phenolic, flovonoid, vitamin & organic acid) secara kualitatif dan kuantitatif.