KROMATOGRAFI SAINS KIMIA

KROMATOGRAFI GAS-SPEKTROMETER JISIM (GC-MS)

Instrumen ini digunakan untuk penentuan struktur bahan atau komponen campuran serta banyak digunakan dalam kajian seperti pencemaran alam sekitar, petrokimia, pertanian dan pengecaman struktur bahan hasilan semula jadi, pestisid serta lain-lain bahan farmasi dalam campuran/sampel.

KROMATOGRAFI GAS-PENGESAN PENGIONAN NYALA (GC-FID)

Instrumen ini digunakan untuk menentukan ketulenan atau komposisi sesuatu campuran, bahan pencemar dan pemantauan bahan sisa serta alam sekitar bagi sampel yang boleh meruap sahaja. Penggunaan GC-FID boleh diaplikasi dalam pelbagai bidang termasuklah farmaseutikal, agrokimia, makanan, hasil semula jadi, petrokimia, biokimia, cat, polimer dan gentian.

KROMATOGRAFI GAS-PENGESAN PENANGKAP ELEKTRON (GC-ECD)

Instrumen ini digunakan khusus untuk menentukan dan menganalisis sebatian organo halogen organik seperti pestisid, ‘polychlorinated biphenyl’ (PCB) dan sebatian halogen organik yang lain. Ianya juga banyak digunakan dalam bidang kajian alam sekitar, forensik dan farmaseutikal.

KROMATOGRAFI GAS-PENGESAN KEKONDUKSIAN TERMAL (GC-TCD)

Instrumen ini digunakan khusus untuk analisis udara, hidrogen, karbon monoksida, nitrogen, sulfur oksida, gas bukan organik dan sebatian yang lain.

KROMATOGRAFI CECAIR PRESTASI TINGGI (HPLC)

Instrumen KCPT (HPLC) ini digunakan khusus untuk pengukuran kualitatif dan kuantitatif serta juga pemisahan preparatif bagi sebatian organik dalam suatu campuran termasuk campuran tabii.

JENAMA & MODEL :      

Dionex/ Ultimate 3000

JENIS PENGESAN :      

Evaporative Light Scattering (ELSD)

KROMATOGRAFI CECAIR PRESTASI TINGGI (HPLC)

Instrumen KCPT (HPLC) ini digunakan khusus untuk pengukuran kualitatif dan kuantitatif serta juga pemisahan preparatif bagi sebatian organik dalam suatu campuran termasuk campuran tabii.

JENAMA & MODEL :    

Agilent/ 1100

JENIS PENGESAN : 

Evaporative Light Scattering (ELSD), Ultra-Violet (UV) & Refractive Index (RI)

 

KROMATOGRAFI PENELAPAN GEL (GPC)

Instrumen ini digunakan untuk menganalisis Indeks Polisebaran (PDI), Jisim Molekul Purata Berat (Mw), Jisim Purata Molekul Nombor (Mn), Jisim Molekul Purata Kelikatan (Mv) dan Taburan Jisim yang terdapat di dalam kajian polimer dan oligimer.

KROMATOGRAFI ION (IC)

Instrumen ini digunakan khusus untuk menganalisis anion dan kation secara kuantitatif daripada sampel air minuman, air terawat, air kumbahan dan lain-lain.