SPEKTROMETER FT-RESONANS MAGNETIK NUKLEAR 400mHz (FT-NMR)
Instrumen ini digunakan untuk tujuan pencirian struktur suatu bahan organik dan bukan organik secara terperinci melalui maklumat bilangan dan jenis atom hidrogen (1H), karbon (13C) dan stanum (119Sn). Antara analisis yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
- RMN 1H, 1-Dimensi
- RMN 1H, 2-Dimensi (COSY. NOESY)
- RMN 13C, 1-Dimensi (BBD, DEPT, APT)
- RMN 13C, 2-Dimensi (HMQC, HMBC)
- Multinukleus – 119Sn
SPEKTROFOTOMETER PANCARAN PLASMA GANDINGAN ARUHAN (ICP-OES)
Digunakan untuk menentukan 73 unsur serentak dalam pelbagai sampel organik dan bukan organik. Logam yang boleh dianalisis ialah logam alkali, logam peralihan, unsur metaloid dan bukan logam.
SPEKTROMETER SERAPAN ATOM (AAS)
Instrumen ini digunakan untuk penentuan logam-logam berat dan alkali bumi dalam pelbagai sampel akueus. Sampel tanah, tisu biologi, batuan dan lain-lain seharusnya diolah menjadi larutan akueus sebelum dianalisis. Alat AAS di Bangunan Sains Kimia mempunyai pengesan lampu katod bagi unsur-unsur seperti Ni, Co, Cr, Zn, Cd, Cu, Ca, Fe, Mn, Pb dan Mg. Manakala di Bangunan Sains Biologi, mempunyai pengesan lampu katod Ni, Pb, Cr, Zn, Cd, Hg, Cu, Ca dan Al.
SPEKTROMETER INFRA-MERAH (FTIR)
Instrumen ini digunakan untuk menentukan struktur bahan organik dan bukan organik serta kumpulan berfungsi seperti OH, CH, NH dan CO. Bagi FTIR (Model GX) digunakan khusus untuk sebatian tak organik sahaja.
SPEKTROFOTOMETER ULTRA LEMBAYUNG-NAMPAK (UV-VIS)
Instrumen ini banyak digunakan dalam bidang kimia analisis untuk penentuan secara kuantitatif dan kualitatif analit yang berbeza seperti ion logam peralihan, sebatian yang berkonjugat tinggi dan makromolekul biologi
SPEKTROFOTOMETER ULTRA LEMBAYUNG-NAMPAK-INFRAMERAH DEKAT (UV-VIS-NIR)
Instrumen ini boleh digunakan untuk mengetahui kepekatan dan panjang gelombang sesuatu sebatian, ciri-ciri optik suatu bahan fizikal, analisis bahan pewarna (dye), dan sebagainya.
SPEKTROFOTOMETER PENDARFLUOR
Instrumen ini boleh melakukan analisis untuk pelbagai jenis sampel organik, tak organik, sintetik dan semulajadi. Selain itu, analisis kuantitatif, penentuan struktur molekul, tindak balas kimia dan penentuan kedudukan spesies juga dapat ditentukan menggunakan instrumen ini.