PENGANALISIS DINAMIK MEKANIK (DMA)
Instrumen ini digunakan untuk mengkaji dan mencirikan sifat mekanik dinamik bahan. Teknik DMA dapat menentukan modulus dinamik: modulus simpanan (G’), modulus lesap (G”) dan redaman (tan δ) sebagai fungsi suhu, frekuensi atau masa. Teknik ini juga dapat mengesan perubahan fasa dalam plastik seperti suhu peralihan kaca (Tg).
MESIN UJIAN UNIVERSAL (UTM)
Pelbagai bahan boleh diuji termasuklah bahan termoplastik, termoset, elastomer, pelekat, komposit, bekas makanan, gentian dan barangan siap.
PENGANALISIS JERAPAN FIZIKAL (BET)
Penganalisis Jerapan Fizikal digunakan untuk menentukan ukuran luas permukaan liang, purata diameter dan isipadu liang serta keporosan sesuatu bahan melalui penjerapan molekul gas pada permukaan sampel.
PENGANALISIS JERAPAN KIMIA
Penganalisis Jerapan Kimia digunakan khusus untuk penentuan luas permukaan logam, purata diameter logam, kawasan aktif permukaan logam, saiz zarah aktif dan keasidan permukaan bahan pemangkin.
REOMETER
Alat ini digunakan untuk mengukur reologi sesuatu sampel seperti kelikatan, keanjalan, kekerasan, geseran, emulsi dan lain-lain. Sampel yang biasa dianalisis adalah bahan polimer, makanan, dan minyak.