Sila hubungi: +603 89214641

Curriculum Vitae Tuan Hj. Kassim bin Thukiman

TUAN HJ. KASSIM THUKIMAN

Kassim mendapat pendidikan awal di Masai dan menengah di Johor Bahru. Mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (kepujian) dari UM, dalam bidang sejarah, Sarjana HRD (UTM), dan kini sedang menyiapkan desertasi PhD. Kini, beliau bertugas sebagai pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia di UTM (1989-kini). Beliau pernah bertugas di Jabatan Kastam, JB dan tutor di Jabatan Sejarah, UM.  Di UTM, beliau pernah menjadi Pengurus Teknologi Maklumat, FPPSM, Ketua Panel Sejarah, Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa, FPPSM, Ketua Editor Jurnal Kemanusiaan FPPSM dan  menganggotai beberapa jawatankuasa di peringkat jabatan, fakulti dan universiti.

Dalam aktiviti akademik, beliau terlibat dalam penyelidikan dan penulisan mengenai sejarah, khususnya sejarah Malaysia dan sejarah Johor. Antara penulisannya ialah Menelusuri Sejarah Tempatan Johor (YWJ), Sejarah Ekonomi Johor (Jurnal YWJ), Sejarah Ekonomi Jepun di Johor (Jurnal Jebat UKM), Pelaksanaan Undang-undang Kangcu Dalam Kegiatan Pertanian Komersial di Negeri Johor (Jurnal Kemanusiaan, Jun 2005), UMNO Dalam Perjuangan Memartabatkan Bahasa Melayu (Jurnal YWJ, 2007), Memartabatkan Perjuangan Dato’ Onn Jaafar (2006), Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik (UTM, 2001), 100 Tahun Sejarah UTM; Menjana Peradaban Terbilang. (UTM, 2005), Hubungan Etnik di Malaysia (terbitan FPPSM, UTM, 2008), Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Negara Bangsa. Jati Diri Johor Dalam Pelbagai Perspektif (YWJ, 2008), dan Sejarah Johor Dalam Pelbagai Perspektif (UTM, 2011).

Kassim juga terlibat sebagai editor di Penerbit UTM Press – lebih kurang 30 buah judul buku. Antaranya Menghayati Budaya Ilmu, Memperkasa Budaya Ilmu, Mengangkasa Pengajian Tinggi, Universiti, Inovasi dan Kreativiti, Budaya Inovasi, Prasyarat Model Baru Ekonomi, Menjana Minda Kreatif dan Inovatif, Perutusan Tahunan NC, Natrah, Cinta, Rusuhan dan Air Mata, Sejarah Pentadbiran Agama Islam di Johor, Biografi Tan Sri Ainuddin Wahid, dan Akademia Baru: Mermartabat UTM Berjenama Global.

Beliau turut terlibat dengan aktiviti R&D dalam bidang sejarah, sosiologi dan sains politik. Antara kajian yang dilakukannya ialah Sejarah Ekonomi Jepun di Johor, Sejarah Perkembangan UTM, Sejarah Ekonomi Johor, Kajian Sosio-Ekonomi Masyarakat Luar Bandar, Kajian Pengurusan Sumber Manusia di UTM, Kajian Model Kampung Contoh, Kajian Pembangunan Sungai Johor, Kajian Pembentukan Modul Pengajaran untuk Etika Kejuruteraan (IRPA), Kajian Keberkesanan Sekolah Agama di Negeri Johor, Kajian Integriti Kepimpinan Politik Melayu di Johor, Kajian Sejauhmana Pemimpin Politik Berintegriti dan Bersih Rasuah Dihargai Rakyat, Kajian Persepsi di Kalangan Generasi Muda Terhadap Kepemimpin Politik dan Dasar-dasar Kerajaan di Negeri Johor, Kajian Kepuasan Pelanggan di MPJBT, Kajian Keberkesanan Program Modul Keluarga Sakinah di Negeri Johor, Kajian persepsi rakyat terhadap aspek kesejahteraan hidup, Kajian persepsi rakyat terhadap kepemimpinan kerajaan, dan Kajian Kebahagiaan dan Keruntuhan dalam kalangan keluarga Islam di Johor.

Beliau juga terlibat sebagai perunding dan penyelidikan kontrak dengan beberapa agensi termasuklah Yayasan Warisan Johor, Kerajaan Negeri Johor, Institut Integriti Malaysia, Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, Yayasan Sumber Maklumat PWTC, Yayasan Pelajaran Johor, Majlis Agama Islam Johor, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan Institut Sumber Manusia Kebangsaan.

Kembali
Leave a Reply