TSUNAMI

STAG 3072 GEOLOGI SEKITARAN
CONTOH PERISTIWA TSUNAMI (sambungan)



1883 - Krakatoa explosive eruption

Pulau gunung berapi Krakatoa di Indonesia meletus pada tahun 1883 dan telah mengkibatkan kemusnahan yang sangat besar. Ia mengeluarkan magma bawah tanah sehingga sebahagian kebuk magmanya kosong serta menyebabkan kebanyakan daratan dan lantai lautan di atas kebuk tersebut runtuh ke dalamnya. Satu siri tsunami yang besar telah dijanakan daripada runtuhan tersebut, sesetengahnya mencapai ketinggian melebihi 40 m di atas paras laut. Tsunami ini dikesan di keseluruhan Lautan Hindi, Lautan Pasifik, Pantai Barat Amerika, Amerika Selatan dan sehingga sejauh Selat Inggeris. Di bahagian yang menghadap laut di Pulau Jawa dan Sumatra, laut membanjiri sehingga beberapa batu ke daratan dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang sangat banyak dan kemusnahan besar. Ia juga menyebabkan satu kawasan kembali menjadi hutan dan sekarang dikenali sebagai hutan simpan Ujong Kulon.

1917 - Halifax Explosion and Tsunami

Letupan Halifax berlaku pada hari Khamis, 6 Disember, 1917, 9:04:35 pagi waktu tempatan di Halifax, Nova Scotia, Kanada, apabila kapal Perancis, Mont-Blanc, yang membekalkan peluru untuk Perang Dunia Pertama, Perancis, berlanggar dengan kapal Norway, Imo, yang disewa untuk membawa bekalan bantuan untuk Belgium. Akibat daripada perlanggaran tersebut, Mont-Blanc terbakar dan kemudiannya meletup. Letupan tersebut menyababkan tsunami, dan gelombang tekanan udara (pressure-wave of air)

1929 - Newfoundland tsunami

Pada 18 November 1929, satu gempa bumi dengan magnitud 7.2 berlaku di bawah Cerun Laurensia di atas Grand Banks. Gempa tersebut dirasai di seluruh Wilayah Atlantik Kanada dan di bahagian barat sehingga sejauh Ottawa, Ontario dan di bahagian selatan sehingga sejauh Claymont, Delaware. Tsunami yang terhasil daripadanya mencapai ketinggian melebihi 7 m dan mengambil kira-kira 2½ jam untuk sampai ke Semenanjung Burin di pantai selatan Newfoundland, di mana 29 orang telah terbunuh di kawasan yang berlainan.
















kembali ke atas
Muka Depan        Pengenalan        Pemantauan        Perlindungan        Ahli Kumpulan        Rujukan
KESAN TSUNAMI

KESAN

CONTOH
Muka Depan        Pengenalan         Pemantauan        Perlindungan        Ahli Kumpulan        Rujukan