TSUNAMI

STAG 3072 GEOLOGI SEKITARAN
CONTOH PERISTIWA TSUNAMI




1700 - Vancouver Island, Canada

26 Januari - Gempa bumi Cascadia, salah satu gempa bumi terbesar dalam rekod (dijangkakan dengan magnitud 9.0), memecahkan Zon Subduksi Cascadia di luar pantai dari Kepulauan Vancouver sehingga ke utara California, dan menyebabkan tsunami masif sepanjang Barat Laut Pasifik, dicatat di Jepun dan merupakan tradisi lisan masyarakat Asli Amerika (logged in Japan and oral traditions of the Native Americans)

1755 - Lisbon, Portugal

Berpuluh ribu orang Portugal yang terselamat daripada gempa bumi Lisbon, 1755 terbunuh akibat tsunami yang melanda setengah jam kemudian. Ramai penduduk bandar melarikan diri ke pelabuhan, percaya bahawa kawasan tersebut selamat daripada kebakaran dan jatuhan debris daripada gempa susulan. Sebelum ombak tsunami sampai ke pelabuhan, air laut surut, mendedahkan kargo yang hilang dan kapal yang telah karam di dasar laut.( Before the great wall of water hit the harbour, waters retreated, revealing lost cargo and forgotten shipwrecks.)
Gempa bumi, tsunami dan kebakaran mengorbankan lebih satu pertiga rakyat Lisbon yang berpopulasi 275,000 sebelum bencana berlaku. Rekod sejarah pengembaraan Vasco da Gama dan pelayar lain hilang dan banyak bangunan musnah (termasuklah seni bina Manueline). Penduduk Eropah pada kurun ke-18 berusaha untuk memahami bencana ini berdasarkan sistem kepercayaan keagamaan dan rasional mereka. Ahli falsafah Voltaire menulis mengenai kejadian ini menggunakan konsep 'sublime' seperti yang dinyatakan oleh Immanuel Kant dalam "Observations on the Feeling of the Beautiful and Sublime".

1868 - Hawaiian local tsunami generated by earthquake

Pada 2 April 1868, gempa bumi tempatan dengan magnitud antara kira-kira 7.25 hingga 7.75 menggegarkan bahagian tenggara pantai Big Island, Hawaii. Ia mencetuskan satu tanah runtuh di cerun gunung berapi Mauna Loa, 5 batu di utara Pahala, mengakibatkan 31 orang terbunuh. Tsunami kemudiannya membunuh 46 nyawa. Kampung-kampung Punaluu, Ninole, Kawaa, Honuapo dan Keauhou Landing musnah dengan teruk. Menurut suatu kenyataan, tsunami tersebut "bergulung (rolled in) melebihi ketinggian pokok kelapa, berkemungkinan 60 kaki tinggi .... sehingga satu perempat batu ke daratan di sesetengah tempat, membawa kembali ke laut rumah-rumah, manusia dan hampir kesemua benda yang boleh bergerak". Ini telah dilaporkan dalam buku Walter C. Dudley edisi tahun 1988 yang bertajuk "Tsunami" (ISBN 0-8248-1125-9).















kembali ke atas
KESAN TSUNAMI

KESAN

CONTOH
Muka Depan        Pengenalan         Pemantauan        Perlindungan        Ahli Kumpulan        Rujukan
Muka Depan        Pengenalan        Pemantauan        Perlindungan        Ahli Kumpulan        Rujukan