PENYERAHAN POC KEPADA HCTM

Pusat Perhubungan Alumni (ALUMNI-UKM) telah menyerahkan sebanyak 17 unit Portable Oxygen Concentrator sumbangan alumni dan sahabat UKM kepada HCTM. Sumbangan telah diserahkan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Prof. Ir. Dr. Mohd. Syuhaimi Ab. Rahman kepada Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin. InsyaAllah penyerahan seterusnya akan dilakukan dalam tempoh waktu terdekat.
Sumbangan melalui tabung POC UKM pula akan dibeli melalui sebut harga Bendahari UKM.
Jutaan terima kasih buat alumni & sahabat UKM yang telah menyumbang dalam projek ini. Semoga Allah merahmati sahabat semua.