ALUMNI BERSEKUTU

 

[huge_it_gallery id=”19″]

 

Alumni merupakan aset yang penting dan besar kepada sesebuah universiti. Setiap seorang daripada mereka adalah unik dan berpotensi menyumbang kepada universiti dalam pebagai kapasiti. Selain daripada alumni, universiti mempunyai seramai 10,000 warga yang sedang bekerja dan 2210 pesara setakat Mei 2022. Mereka merupakan golongan yang telah berjasa kepada UKM. UKM juga mempunyai rakan UKM yang terdiri daripada masyarakat luar yang sentiasa menyumbang kepada pembangunan universiti. Bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka, Pusat Perhubungan Alumni mencadangkan pewujudan Alumni Bersekutu UKM dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (MJPU) Bil. 54/2022 telah meluluskan pelantikan Alumni Bersekutu sebagai menghargai mereka yang telah berjasa dan menyumbang bakti kepada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM) menjemput anda semua yang ingin menjadi Alumni Bersekutu UKM untuk mengisi borang yang telah disediakan. Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak kami Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM).

Email : alumni@ukm.edu.my

 

Syarat Kelayakan Pelantikan Sebagai Alumni Bersekutu

1) Warga universiti yang telah berkhidmat lebih 6 tahun dan bergiat aktif dalam aktiviti bersama alumni, atau;
2) Pesara Universiti Kebangsaan Malaysia, atau;
3) Mereka yang mengikuti kursus pendek di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 6 bulan secara kumulatif, atau;
4) Ahli komuniti luar universiti yang telah menyumbang kewangan minimum RM10,000 atau bentuk sumbangan lain yang setara atau/dan bergiat aktif dalam program-program universiti sepanjang 5 tahun terakhir.

 

Associate Alumni Eligibility Requirements

1) UKM staff who have served for more than 6 years and are actively involved in activities with alumni, or;
2) Retirees of Universiti Kebangsaan Malaysia, or;
3) Those who followed a short course at Universiti Kebangsaan Malaysia for 6 months cumulatively, or;
4) Community members outside the university who have contributed a minimum of RM10,000 or other equivalent forms of contribution or/and are active in university programs over the last 5 years.

 

ISI GOOGLE FORM MENGIKUT KATEGORI PILIHAN ANDA

WARGA/PERSARA UKM (KLIK SINI)

PESERTA KURSUS PENDEK (KLIK SINI)

MASYARAKAT BANGI (KLIK SINI)

MASYARAKAT UMUM (KLIK SINI)

 

MUAT TURUN BORANG MANUAL MENGIKUT KATEGORI PILIHAN ANDA

WARGA UKM_PERSARA UKM (KLIK SINI)

PESERTA KURSUS PENDEK (KLIK SINI)

MASYARAKAT BANGI (KLIK SINI)

MASYARAKAT UMUM (KLIK SINI)