Faculty of Pharmacy

Perkhidmatan Farmasi Profesional

Ahli UPF@FFAR

Latar belakang UPF@FFAR

Unit Perkhidmatan Farmasi &  Komuniti, Fakulti Farmasi UKM (UPF@FFar) telah ditubuhkan pada tahun 2022 dengan matlamat untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup komuniti melalui pelbagai perkhidmatan farmasi profesional.

Sehingga Jun 2025, UPF@FFar terdiri daripada 3 orang Ahli Farmasi (PF) dan 2 orang Penolong Pegawai Farmasi (PPF) yang sangat berpengalaman dan berdedikasi dalam memberikan penjagaan dan perkhidmatan bagi mencapai objektif meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup masyarakat. UPF@FFar berpusat di Fakulti Farmasi UKM, Kampus Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Disokong oleh pensyarah-pensyarah di fakulti, unit ini juga berperanan sebagai platform pembelajaran berasaskan pengalaman untuk pelajar prasiswazah dan pascasiswazah.

Aktiviti UPF@FFAR

Berminat untuk mendapatkan perkhidmatan UPF@FFar terus ke organisasi atau komuniti anda?

UPF@FFar bersedia untuk bekerjasama dengan Pusat Tanggungjawab (PTj), institusi kerajaan dan organisasi lain dalam menyampaikan perkhidmatan farmasi dan kesihatan yang bermanfaat.

Untuk menjemput kami atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan, sila hubungi kami melalui e-mel dan talian berikut:

Emel: 
upf_ffar@ukm.edu.my

Telefon:
03-9289 8054 (Cik Nurfaizza)
03-9289 7960 (Encik Fawwaz)

 

Muat turun Brosur UPF@FFAR