Program Kembara Sains 2026 ialah satu inisiatif pendidikan sains interaktif yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai peranan neurosains dalam kehidupan seharian serta kepentingan memelihara kesihatan minda. Program ini memperkenalkan konsep sains secara mudah difahami dan sesuai dengan peringkat umur. Ia menyokong matlamat pendidikan STEM negara serta menggalakkan amalan kesihatan yang bertanggungjawab dan berpengetahuan.
Tajuk: Program Kembara Sains bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri
Tarikh: 6 Ogos 2026
Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat: Dewan Kuliah 2, Bangunan Pra-Klinikal, Fakulti Perubatan UKM
OBJEKTIF PROGRAM
Membentuk asas pengetahuan yang kukuh dan memupuk budaya inovasi dalam kalangan pelajar sekolah dalam bidang neurosains
Menyampaikan ilmu, berkongsi pengalaman serta memperkenalkan penemuan dan hasil penyelidikan terkini depada pelajar sekolah
Mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara instituisi sekolah dan universiti, khususnya Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan UKM