Oktober yang Tidak Dinantikan

Oktober Yang Tidak Dinantikan adalah tulisan penulis tahun 2003 sebagai penghormatan kepada Tun Mahathir yang bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia mulai bulan Oktober 2003. Ia merupakan gambaran perasaan dan pandangan peribadi beliau terhadap Tun Mahathir sebagai pemimpin negara dan ketua kerajaan yang telah berkhidmat begitu lama dengan rekod perkhidmatan yang amat cemerlang. Oktober Yang Tidak Dinantikan dipilih sebagai judul buku in bagi karya kumpulan artikel yang pernah beliau tulis dalam tahun 2004 dan 2005. Keseluruhan karya di dalam buku ini telah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia dalam ruangan Cetusan Pemikiran Dr Ismail Ibrahim, sebelum beliau memulakan tugas sebagai Duta Besar Malaysia di Arab Saudi. Namun begitu, tulisan tersebut telah disunting dan disesuaikan dengan beberapa perkembangan terbaru, iaitu dari sudut gaya Bahasa dan struktur ayat-ayatnya tanpa mengubah kandungan keseluruhannya. Ia merupakan pemikiran beliau mengenai perkembangan yang berlaku di dalam negara ini dari segenap sudut pembangunannya dan disentuh dengan penekanan pandangan sejagat Islam, iaitu dalam konsep Al-Tasawwur Al-Islami atau Islamic World-view yang beliau fahami.

 

Ismail Ibrahim (Prof. Dato’ Dr.) Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, UKM, Mantan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mantan Duta Besar Malaysia di Arab Saudi, Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Lembaga Pengarah TV al-Hijrah

 

Cetakan Pertama / First Printing, 2011

 

Editor

Jawiah Dakir

Rosilawati Mohd Hanapi

Shamsul Azhar Yahya

 

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by

PENERBIT UKM

43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

e-mel:penerbit@ukm.my