Survival Politik Muslim Malaysia

Survival Politik Muslim Malaysia Peranan pemimpin-pemimpin parti adalah faktor penggerak kepada kelangsungan parti dalam mendepani arus perubahan masyarakat. Ini kerana pengaruh dan wibawa parti politik di Malaysia adalah terletak kepada kemahiran pimpinan parti mengolah isu masyarakat dan mengemukakan gagasan yang meyakinkan agar mendapat perhatian dan sokongan massa. Buku ini membincangkan isu politik dari sudut sejarah dan perkembangan terkini di kalangan masyarakat Muslim Malaysia. Isu ketuanan Melayu dan perlaksanaan sistem Islam kini menjadi persoalan yang menarik di kalangan ahli politik Muslim Malaysia. Parti-parti politik khususnya UMNO dan PAS mengemukakan pelbagai hujah dan pandangan berkaitan dengan persoalan ketuanan Melayu dan Islam di Malaysia. Buku ini turut membincang isu Islam dan negara secara teori khususnya pandangan Abu al-‘Ala al-Maududi. Gagasan baru berkaitan kedudukan Melayu dalam konteks Malaysia diolah pula dari perspektif tokoh-tokoh seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi, Dato’ Asri Haji Muda dan Dato’ Fadzil Mohd Noor yang dianggap sebagai kalangan elit agama. Pandangan dan pendekatan mereka dicerakinkan dalam konteks pembangunan negara bangsa di Malaysia.

 

Abdull Rahman Mahmood, Ph.D, Pensyarah Kanan di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Jaffary Awang, Ph.D, Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Zakaria Stapa, S.P.I., Profesor di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, dan merangkap Dekan di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

Tahun 2009

Institut Islam Hadhari, UKM