Program Bicara Integriti Pagi: Integriti Era Digital: Transformasi Penilaian Integriti dan Cabaran Risiko Rasuah Baharu

Pusat Integriti dan Ombudsman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) menganjurkan Sambutan Hari Integriti dan Hari Antirasuah peringkat UKM, hari ini.

Program ini dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Sufian Jusoh. Beliau turut menandatangani Polisi Antirasuah UKM yang menunjukkan komitmen universiti untuk menjunjung integriti, ketelusan dan tadbir urus bebas rasuah. Sesi tandatangan ini melambangkan iltizam kepimpinan UKM untuk memastikan budaya kerja yang beretika dan berwibawa.

Turut diadakan pada program ini adalah Bicara Integriti Pagi: ‘Integriti Era Digital: Transformasi Penilaian Integriti dan Cabaran Risiko Rasuah Baharu.

Sesi ini menampilkan Deputi Inspektor Jeneral, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay; Datuk Timbalan Pesuruhjaya, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Ahmad Nizam Ismail; Ahli Lembaga Pengarah IIM, Dr. Rozaidi Abdul Rahim Razali; dan Presiden Angkatan Mahasiswa Antirasuah, Nur Nasrin Syamin Faqihah Md Hanafi sebagai panel.

Para peserta turut melafazkan Ikrar Integriti yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pusat Integriti dan Ombudsman, En. Rajan Munusamy.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Integriti UKM, Dato’ Hisham Nordin; Profesor Ikhtisas, dan Penyandang Kursi Diraja Tuanku Muhriz, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Ketua Pegawai Sektor Korporat IIM, Dr. Mona Othman; dan Pengarah Pusat Integriti dan Ombudsman UKM, Prof. Dr. Zinatul ‘Ashiqin Zainol.

Similar Posts