Sesi Lawatan Penandaarasan Unit Integriti UTHM
Pusat Integriti & Ombudsman, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima Sesi Lawatan Penandaarasan daripada Unit Integriti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 19 Disember 2025 di Bilik Majlis, Bangunan Canselori, UKM Bangi.
Sesi lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan struktur/fungsi organisasi, pertukaran pandangan serta pengukuhan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi dalam memperkasa tadbir urus, integriti dan akauntabiliti organisasi.
Pusat Integriti & Ombudsman UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi Unit Integriti UTHM atas kesudian mengunjungi Pusat Integriti & Ombudsman di UKM ini. Semoga hubungan profesional ini terus diperkukuh demi pembudayaan integriti yang mampan di institusi pengajian tinggi.
