Perkhidmatan Mempromosi, Mengambil, Mencetak dan Mengedar Gambar Graduan (Pentas) di Majlis Konvokesyen Ke-48 UKM Pada Tahun 2021, Universiti Kebangsaan Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan untuk turut serta dalam bidaan seperti notis yang dilampirkan.
Butiran notis sebutharga adalah seperti berikut :
Tarikh pelawaan: 17 Feb 2021
Taklimat (secara atas talian): 23 Feb 2021, 10 pagi
Tarikh tutup: 2 Mac 2021, 12 tengah hari
Disertakan bersama notis sebutharga untuk rujukan pihak tuan/puan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan En. Mohd Hafiz Odin di talian 03-89213092.
NOTIS-SEBUTHARGA-JURUGAMBAR-KONVOKESYEN
Sekian, terima kasih.