Notis Bidaan Penjanaan (BP) bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Kafe Rotunda di UKM-Graduate School of Business (UKM-GSB), UKM Bangi
Assalamualaikum w.b.t.
Tuan/Puan,
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan untuk turut serta dalam bidaan seperti notis yang dilampirkan.
Tarikh Buka Bidaan Penjanaan: 07 Disember 2021 (Selasa)
Tarikh Taklimat/Lawatan tapak: 15 Disember 2021 (Rabu)
Tempat berkumpul di perkarangan Kafe Rotunda, UKM-GSB, UKM, Bangi.
Tarikh Tutup Bidaan Penjanaan : 21 Disember 2021 (Selasa) sebelum jam 12:00 tengahari
Pihak syarikat yang berminat untuk hadir perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Hanya seorang wakil sahaja yang dibenarkan untuk hadir dan telah divaksin lengkap.
Sepanjang sesi taklimat/lawatan tapak adalah dinasihati untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:
a. Memakai pelitup muka;
b. Mengamalkan jarak sosial 1 meter; dan
c. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.
Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan spesifikasi/teknikal atau lain-lain, pihak tuan/puan boleh bertanya kepada Pegawai di lokasi yang berkaitan semasa sesi taklimat/lawatan tapak.
SILA KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK MAKLUMAT LANJUT :
NOTIS Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Kafetaria di UKM-GSB_2021
Sekian, terima kasih.
Pusat Pengurusan Penjanaan (JANA@UKM)