Bidaan Penjanaan Bagi Menjalankan Dan Menguruskan Perkhidmatan Kafetaria Di Bangunan Akademia Siber Teknopolis, UKM Bangi. [No.Bidaan Penjanaan : UKM.IIR.300-2/3/3 ]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan untuk turut serta dalam bidaan seperti notis yang dilampirkan.
Tarikh Buka Bidaan Penjanaan: 05 April 2022 (Selasa)
Tarikh Taklimat/Lawatan tapak: 26 April 2022 (Selasa) jam 10.00 pagi
Tempat berkumpul : Kafeteria Akademia Siber Teknopolis, UKM Bangi
Tarikh Tutup Bidaan Penjanaan : 12 Mei 2022 (Khamis) sebelum jam 12:00 tengahari
Pihak syarikat yang berminat untuk hadir perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Hanya seorang wakil sahaja yang dibenarkan untuk hadir dan telah di vaksin lengkap.
Sepanjang sesi taklimat/lawatan tapak adalah dinasihati untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:
a. Memakai pelitup muka;
b. Mengamalkan jarak sosial 1 meter; dan
c. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.
Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan spesifikasi/teknikal atau lain-lain, pihak tuan/puan boleh bertanya kepada Pegawai di lokasi yang berkaitan semasa sesi taklimat/lawatan tapak.
KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK MAKLUMAT LANJUT :
L01 – NOTIS Dokumen Bidaan Penjanaan Bagi Perkhidmatan Kafetaria di IRA4.0
Sekian, terima kasih.
Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)