JANA@UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

TENTANG KAMI

LATAR BELAKANG

JANA@UKM adalah pusat yang dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksana aktiviti penjanaan pendapatan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

JANA@UKM ditubuhkan pada 1 Ogos 2015, bagi menyokong usaha penjanaan UKM selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) di mana Universiti Awam perlu menjana pendapatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana awam. Sasaran umum penjanaan yang ditetapkan adalah 30% dari keseluruhan kos operasi menjelang 2020. 

Pada 30 Jun 2021, UKM telah menjenamakan semula JANA@UKM kepada Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) dengan penambahbaikan kepada perniagaan teras (Core Business). JANA@UKM beroperasi secara profesional dan meningkatkan kualiti penawaran perkhidmatan pengurusan penjanaan dan pengurusan pembangunan hartanah kepada Pusat Tanggungjawab dan entiti lain.

Perkhidmatan berkaitan penjanaan pendapatan dapat diberikan secara efektif dan JANA@UKM menjadi pusat setempat (One Stop Centre) serta penjanaan yang mampan dan lebih berkesan dapat dilaksanakan.

MISI

  • Sumber pendapatan dan kekayaan berterusan untuk UKM
    Inexhaustible fountaion of wealth and income for UKM”

VISI

  • Merancang dan menggerakkan aktiviti penjanaan dengan menggunakan sumber universiti secara optimum

FUNGSI

  1. Mengenalpasti peluang aktiviti penjanaan dalam atau luar universiti yang bersesuaian, dengan kerjasama PTj dan entiti lain.
  2. Menggerakkan aktiviti penjanaan yang meliputi skop program pendidikan, kepakaran, pengewangan aset, endowmen dan derma, pelaburan, pengkomersialan produk penyelidikan penyediaan perkhidmatan, penyewaan tanah, ruang dan peralatan serta perniagaan.
  3. Merancang dan melaksanakan inisiatif kecekapan operasi dan penjimatan.